Wednesday, January 04, 2012

GEMERSIK KALBU

Salam n Salam Sejahtera

Nak lepak sambil relaxkan otak sebentar. Sekarang ni kecoh pulak pasal Amalina yang dapat 17A tu makin teruk+berubah+kebaratan. Tak tau la nak habaq apa, aku tak mau nak gosip-gosip panas dalam blog aku ni. Aku nak ceghita pasai slot Akasia TV3 yang menggantikan ceghita Tentang Dhia. Sekarang ni Gemersik Kalbu pulak.

Setiap Isnin-Khamis, 7pm di TV3
Sinopsis :
Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walau bagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaa, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.


Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.


Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


Peh, cam best kan. Aku pun start la ikut tengok. Tapi kan, aku rasa macam penah kenai ja jalan ceghita ni. Korek-korek almari novel kak aku....memang syok pun sebab aku dah baca novel dia. Cerita ni diambil dari Novel Alaf 21, penulis dia Anis Ayuni.

AMARAN : Sila abaikan background...
Selamat menonton semua! Drama ni bersiri 24-episod, diterbitkan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan Heykal Haniffah. Para pelakonnya, Aqasha = Sufian, Ayu Raudah = Raihana, Fazreen Rafi n ramai lagi..!

2 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com