Monday, January 29, 2018
GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
Sunday, January 28, 2018
Pengalaman Setahun Dua Bulan dengan Braces
Thursday, January 25, 2018
5 Tempat Menarik yang Ingin Dikunjungi Cik Timm
Hai semua!
Tabung
Travel
Sambil-sambil tengok calendar kerja
Cik Timm, baru perasan bulan depan ada perayaan Chinese New Year. Paling
penting tengok hari cutinya. Fuiyo! 4 hari cuti bermula dari 15 – 18 Februari
2018. Ini kalau duduk rumah memang mereput dan boring. Rugi kalau tak pergi
bercuti. Nampaknya bulan ni memang kena kerja OT setiap hari untuk kumpul duit
lebih untuk tabung travel.
Nak tengok tak senarai tempat yang
Cik Timm teringin nak pergi? Ada 5 tempat wishlist yang Cik Timm senaraikan,
InSyaAllah one fine day Cik Timm akan
sampai ke sana!
5 Tempat
Menarik Yang Cik Timm Ingin Kunjungi
Penang
Escape Theme Park
Sumber: tempatmenarik.my
Cik Timm suka dengan aktiviti yang
lasak dan mengeluarkan peluh. Pulau Pinang mempunyai tarikan terbaru iaitu
Penang ESCAPE Theme Park. Tempat ini baru dibuka pada November 2012, ESCAPE
dicipta oleh Sim Choo Kheng, yang mempunyai banyak pengalaman membina theme
park di luar Negara dan dalam Malaysia. Tetapi, ESCAPE menggantikan theme park
biasa yang menyediakan permainan yang moden seperti roller coaster. Di sini
kita dapat bermain permainan sukan yang ekstrem di samping beriadah bersama
keluarga atau kawan-kawan. Paling comel, game naik pokok nyoq (pokok kelapa)
pun ada. Mana nak cari permainan zaman kanak-kanak dulu sekarang ni.
Alang-alang badan masih sihat dan mampu untuk melakukan aktiviti fizikal
ekstrem, rugi tak singgah sini.
Desa
Cattle Dairy Farm, Kundasang
Sumber: tempatmenarik.my
Nak ke New Zealand jauh sangat. Jom
kita ke Sabah je. Hehe, asyik ke pulau pulak. Jom kita ke tempat yang sejuk dan
nyaman sikit. Kundasang memang dalam wishlist Cik Timm, one fine day dengan
orang yang tersayang. Eheh.. Desa Cattle Dairy Farm terletak di kaki Gunung
Kinabalu. Ramai kawan-kawan Cik Timm yang dah berkesempatan ke sana. Suka betol
Cik Timm tengok lembu hitam putih bertompok hitam. Teringat gambar di susu
paket jenama Fernleaf. Selain itu, terdapat aktiviti yang pemprosesan susu yang
kita dapat tengok dengan mata sendiri. Asyik minum susu je, prosesnya kita tak
tahu kan? Lepas tu, dapat juga shopping barangan tenusu di sini macam susu
segar, aiskrim dan dadih.
Pulau
Dayang Bunting
Sumber: percutianbudget.com
Mesti semua pelik, Cik Timm dah
pernah ke Pulau Langkawi kan. Banyak kali pulak tu. Tapi kan, sepanjang Cik
Timm bercuti ke sana, tak pernah lagi sampai di Pulau Dayang Bunting. Sedih
tau.. Nak buat macamana, kekangan masa. Pulau ini terkenal dengan lagenda Mat
Teja bertemu jatuh cinta pada Puteri Mambang Sari di tasik tersebut. Mereka
berkahwin dan dikurniakan seorang putera. Namun, putera mereka meninggal dan
dikebumikan di tasik itu. Puteri itu berdoa supaya semua wanita yang susah
untuk mendapat anak menjadi subur setelah mandi di Tasik Dayang Bunting. Bukit
di belakang Tasik Dayang Bunting pula berbentuk seperti wanita yang mengandung.
Cik Timm sebenarnya nak tengok keajaiban tasik ini yang dikelilingi air laut,
walaupun hanya dipisahkan 30meter. Ajaib kan?
Phi Phi
Island (Pulau Phi Phi)
Sumber: phiphi.phuket.com
Cik Timm memang penggemar laut dan
pantai ataupun Thalassophile agaknya. Setiap kali tension, nak pi pantai.
Setiap kali happy pun nak pi pantai. Acaner tu? Agaknya disebabkan oleh kos
study waktu di zaman degree kot. Oklah, mungkin juga kot. Baiklah, Pulau Phi
Phi terletak di Phuket dan Krabi. Pulau ini terkenal dengan kebiruan warna laut
yang kaya dengan hidupan laut, pantai yang putih bersih dan pembentukan batu
yang menarik. Memang geram tengok dalam gambar-gambar dari lensa gambar
pelancong yang ke sana.
Selain itu, Phi Phi terbahagi kepada
6 pulau. Ada antara pulaunya iaitu Maya Bay merupakan salah satu dari set
penggambaran The Beach (pelakon Leonardo Di Caprio) difilemkan. Apa yang Cik
Timm nak buat kalau di sini? Semestinya snorkeling dan island hoping di semua
kawasan pulau yang ada! Biarkan muka terbakar, tapi puas hati dapat berendam
dan tengok hidupan laut di sana.
Namsan
Seoul Tower
Sumber: dreamer.id
Yes, memang Cik Timm dah jatuh hati dengan
Korea Selatan kerana dipengaruhi dengan cerita-cerita Korea yang Cik Timm
tonton. Lagipun Namsan Tower sentiasa ditunjukkan dalam setiap drama dan
program TV diorang. Namsan Seoul Tower atau N Seoul Tower adalah satu daripada
tarikan pelancong ke Seoul. Pada 1969, menara ini diwujudkan sebagai menara
telekomunikasi untuk menghantar isyarat TV dan radio. Selepas diambil alih oleh
CJ Foodville pada 2005, N Seoul Tower dibuka untuk orang ramai dan merupakan
mercu tanda di sini. Menara ini mempunyai ketinggian 480m diatas paras laut,
didirikan diatas Bukit Namsan dan menara itu sendiri berketinggian 236.7m
menjadikan menara paling tertinggi di Seoul. Macam menara Kuala Lumpur kan
sebab dibina di atas bukit.
Traveloka
Fly & Win CNY Contest
Nanti kejap, baru tengah duduk
korek-korek duit tabung travel, tiba-tiba Traveloka ada buat contest lagi!
Pemenang yang bertuah akan memenangi pakej percutian termasuk tiket kapal
terbang dan kemudahan lain. Contest ini akan bermula dari 22 - 28 Januari 2018!
1st : Trip ke Seoul, 6 hari 5 malam
untuk 2 orang.
2nd: Trip ke Phuket, 5
hari 4 malam untuk 2 orang.
3rd: Trip ke Langkawi, 4
hari 3 malam untuk 2 orang.
Hadiah lain untuk direbut adalah dua
RM1000 Traveloka voucher!
Contest ini adalah berkonsepkan
kepada mini game yang sangat-sangat senang. Anda Cuma perlu “Log In” akaun
Facebook anda dah boleh terus “START GAME”. Kemudian boleh share score anda
Facebook. Selain itu, ada beberapa terma dan syarat serta cara permainan turut
disertakan seperti contoh di atas tu.
Nampaknya bolehlah Cik Timm save
budget sikit, tak perlu susah-susah untuk penuhkan tabung travel. Masuk contest
je dengan Traveloka, mana tau ada rezeki jadi salah seorang pemenang hadiah
diatas. Cik Timm suma score 21 je, nampak sangat jarang main game. Selamat
Mencuba!
Jadi apa yang anda tunggu lagi, jom
cuba Traveloka Fly & Win CNY 2018 contest atau layari laman web Traveloka untuk maklumat lanjut!
Wednesday, January 24, 2018
Mencari Kerabu Maggi di Karnival Jom Makan Malaysia Thailand
Puasnya dapat kerabu maggi dia, dah la hidang dalam pinggan, memang puas makan. Pekena pulak dengan mango float. Mula-mula mango float tu tengok macam ceroi caiq tak menarik jer. Sekali beli, mak aih dia topping kiub buah mangga fresh, aiskrim vanila dengan sprinkle. Memang sedap! Lepas tu try pulak dimsum, harga mahalnya RM12. Tapi memang sedap!
Mango float = RM3
Kerabu Maggi = RM7
Dimsum = RM12
Saturday, January 20, 2018
Tasneem Naturel Balm Bayi yang Wajib Ada
Hai semua!
Menginjak ke umur sebaya Cik Timm
sekarang ni, ramai kawan-kawan yang dah mula mendirikan rumah tangga dan
menimang cahaya mata. Cik Timm pun tumpang gembira dan berdoa one fine day masa Cik Timm akan tiba.
Memandangkan semua pakat-pakat ada bayi atau kanak-kanak, Cik Timm nak share
satu produk yang mungkin sesuai untuk anak-anak anda.
Tasneem Naturel
Sehangat usapan ibu, balm ini
merupakan kit bayi semulajadi yang akan membantu ibu bapa yang mempunyai bayi
atau ank kecil. Balm ini juga dirumus khas daripada bahan semulajadi kombinasi
minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi.
Selain itu, produk ini juga bebas
dari bahan kimia merbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Jangan
risau, KKM juga meluluskan Tasneem Naturel!
Packaging Comel
Cik Timm suka sangat dengan botol
dia. Tak terlalu besar, senang untuk dibawa dalam beg tangan. Lagi satu, botol dan
kotak dia memang nampak eksklusif. Sesuai juga kalau nak dijadikan hadiah untuk
baby shower ke, kalau melawat kawan-kawan yang baru lepas bersalin ke. Barulah
hadiah tu nampak lain dari yang lain!
4 Jenis Balm
Balm comel ini didatangkan dengan 4
variasi pilihan, berbeza warna untuk berlainan fungsi;
CF Rub
Balm ini sesuai kalau anak anda
demam, batuk dan selsema. Dengan penggunaannya akan melegakan pernafasan &
mengurangkan batuk. Bahan-bahan terkandung-eucalypus oil,cypress, tea tree
& lemon. Cara untuk menggunakannya- sapu di tapak kaki, dada, tekak dan
tulang belakang.
Calm Time
Ini sesuai untuk memberi keselesaan
kepada anak anda, disyorkan kepada anak yang hyperaktif atau tantrum. Bahan-bahan
terkandung-lavendar, bergamot, frankinsense & marjoram. Cara digunakan-sapu
di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang.
Sleep
Time
Sesuai untuk anak anda yang sukar
tidur dan aktif pada waktu malam. Bahan-bahan terkandung-cedarwood, vetiver,
roman chamomile & ylang ylang. Cara digunakan-sapu di tulang belakang,
nadi, belakang telinga & pergelangan tangan.
Tummy
Time
Balm ini berfungsi seperti minyak
telon, dapat membantu anak anda yang menghadapi sembelit, masalah penghadaman,
perut kembung dan dapat membuang angin berlebihan. Bahan-bahan
terkandung-fennel, ginger, lemongrass & anise. Cara digunakan-sapu pada
perut dengan pergerakan ‘I Love U’ & tapak kaki.
Urutan ‘I Love You’ macam ni tau 👇
Sumber: google
TESTIMONI SENDIRI
Walaupun produk ini adalah balm bayi,
Cik Timm yang dewasa pun boleh guna juga tau. Cik Timm selalu selsema pada waktu
pagi dan apabila cuaca terlalu panas. Jadi Cik Timm cuma sapukan CF-Rub yang
warna pink di hidung dan dada. Bila bau je balm ni hidung dah tak tersumbat.
Lagi satu yang Cik Timm recommend, Tummy Time yang warna kuning. Cik Timm guna
balm ni waktu datang bulan. Selalunya waktu ni perut sentiasa kembung dan tak
selesa, nama pun senggugut kan. Jadi Cik Timm sapu je di perut untuk kelegaan
yang pantas sebab komitmen kerja memerlukan Cik Timm perlu berdiri dan
berjalan.
Berminat dengan produk di atas? Anda boleh cuba hubungi di bawah ini ya..
Untuk keterangan lanjut;
📲 01120964665
📪
Tasneem Naturel HQ
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor
Wednesday, January 17, 2018
Resipi | Sandwich Telur Simple
Monday, January 15, 2018
Guna RZAC Cosmetics je
Sunday, January 14, 2018
Berjaya Lulus Adsense!
Wednesday, January 10, 2018
RAWANG - The Next Big Satellite for Real Estate
Properties are developing rapidly
recently and there are many houses for sale in Malaysia such as houses for sale
in Kuala Lumpur and Penang. In addition, there are also many houses for sale in Rawang that people could think about. Rawang is located 35km north of Kuala
Lumpur and it once a tin mining town. Properties in Rawang is relatively
cheaper compared to properties located in the city centre of Kuala Lumpur and
Petaling Jaya. Rawang has also improved a lot in terms of connectivity and
amenities in the recent years. Hence, the next big satellite for real estate.
Whether you are planning to buy a property for own stay purpose or for
investment purpose, this article will show you some highlights of Rawang and
make you change your perspective towards Rawang.
First of all, most people have a
misconception that Rawang has slow infrastructure development with limited
amenities available. Therefore, potential property investors or interested
house buyers refrain themselves from buying a property in Rawang. However, this
is not the case as Rawang is developing with many improvements. Road widening
jobs have been on going and it could also lead people from Rawang to Taman
Tasik Puteri. Currently, there is no integrated rail system available within
Rawang except for the KTM, which is located at the KTM Rawang Station near
Rawang Town. However, the project linking to major highways such as the North
South Expressway, Guthrie Corridor Expressway and the Kuala Lumpur - Kuala
Selangor Expressway (Later Expressway) has also increased the demand from
people who are staying outside Rawang, as it has shorted the travel distance
and time for people working outside Rawang. Residents do not have to worry much
on traffic congestion as well.
In addition, Rawang is slowly transforming
into the next big satellite in the real estate market. This is due to the
support of many well known developers, such as Mah Sing Group, Guocoland (M)
Bhd, Hong Bee Land Sdn Bhd, Glomac Bhd, Gamuda, MK Land Holdings Bhd, Low Yat
Group and Sime Darby Bhd for investing in developing properties in Rawang. With
plenty of lands available in Rawang, it has allowed These major developers have
improved the residential property market in Rawang with many local property
buyers buying properties in Rawang and moving to Rawang where most property
buyers are working in Shah Alam, Petaling Jaya and Kuala Lumpur. Furthermore,
the properties in Rawang are relatively affordable as well, with a really
affordable price range of lesser than RM1 million. This has definitely matched
the budget for most buyers as most prices for properties in Rawang would range
from RM350,000 to RM800,000, which is considered relatively cheap and
affordable, especially for young working adults as it is under the RM 1 million
mark.
Rawang is also a great location for
property investment. It is reported that a 2 storeys linked house cost RM 100
to RM 200 per square feet in 2013, but has doubled up to RM 300 to RM 400 per
square feet in 2014. It is also suggested that the terraced housing that are
located closer to the Rawang town centre such as Bandar Country Homes and Kota
Emerald will high a slight price increase in the current property market.
Therefore, Rawang is one of the property hotspots for property investors.
In conclusion, Rawang is definitely the
next big satellite for real estate and it is going to be the next property
hotspot in Malaysia. Developments for commercial real estate and residential
properties are going to grow in the coming years. Furthermore, it is shown that
the easy access to major highways has become an extra point for people to
invest in Rawang. That being said, it is still essential to plan ahead before you decide to buy a house as it is a huge commitment that involves a huge sum of money.
Saturday, January 06, 2018
Kehilangan Abang Ipar yang sangat Dirasai Keluarga
Monday, January 01, 2018
Hai 2018, Bye 2017!
![]() |
Sumber: askideas.com |
Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com