About Me

1. Siapa Cik Timm?
Nama sangatlah panjang sampai susah nak hafal sewaktu sekolah rendah dulu. Sepatutnya nama kemetot saja, tapi kakak + abang excited menambah. Jadilah namanya. -Nor Fatimah Nabila-

2. Asal dari mana?
CiK Timm memang dilahirkan+dibesarkan di Kedah. Ha..sebab tu kalau perasan dalam blog ni banyak terselit perkataan-perkataan yang kurang difahami oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Dah la ayat pun tunggang langgang, sebab tu terpaksa kuburkan impian nak menulis novel. Aduhai..tsktsk..

3. Kenapa CiK Timm berblog?
Blog CiK Timm muncul seiring dengan kebosanan melanda semasa CiK Timm di Tahun 1 universiti. Sebelum ni CiK Timm tak pernah membaca blog orang dan CiK Timm tak tau pun blog tu apa. Entah macamana, CiK Timm sign in dengan blogger punya website. Dari situ, CiK Timm mula menggodek dan berguru dengan Google apa yang ada dan muncul lah blog caca merba ni..TARAA!!

4. Sekarang tengah buat apa?
Sekarang Cik Timm dah jadi full-time blogger. Sebelum ni pernah bekerja di bidang F&B selama lebih kurang 5 tahun. Antara tempat Cik Timm pernah bekerja adalah di Secret Recipe, Nando's dan juga Old Town White Coffee. InsyaAllah masih lagi mencari kerja yang betul-betul serasi dan kena dengan jiwa ✌

5. Media Sosial lain?
Kalau nak lebih mengenali atau nak berkelaborasi dengan Cik Timm boleh contact di sini ya;

đź’™Email: timm_bill91@yahoo.com
đź’™Facebook: Fatimah Nabila
đź’™Instagram: timmbill



p/s: tak tau nak bagitau apa lagi dalam ni..jgn segan-segan, anda boleh angkat kaki kalau nak tanya soalan.. ;p

1 comment:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com