Wednesday, August 11, 2021

Resepi: Sup Cendawan & Garlic Bread Simple ft. Salted Anchor Butter

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dulu Cik Timm suka share beberapa resipi simple dalam ni kan, sekarang dah kurang dah sebab sekarang ni memang suka masak campak-campak bahan yang ada. Kadang jadi, kadang tak jadi, mangsa yang selalu terkena dengan eksperimen Cik Timm semestinya Mr. Roy. Sabar je dia makan kalau tak sedap. 

Tapi kalau makanan western, memang serah je dekat Cik Timm alhamdulillah selalu menjadi. Jom Cik Timm nak share dua resepi ringkas, Mushroom Soup dan juga Garlic Bread. Bertambah sedap bila Cik Timm menggunakan butter jenama Anchor!


Bahan-bahannya;

Sup Cendawan Simple
1 bungkus Shitake Mushroom
1 labu besar bawang Holland
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 cawan air
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar Salted Anchor butter 
2 kiub pati ayam
Secubit garam

Garlic Bread
Roti baugette
3 sudu besar Salted Anchor butter 
5 ulas bawang putih
Sedikit serbuk oregano

Cara-caranya;

Sup Cendawan 
1. Ambil setengah bungkus shitake mushroom, setengah labu bawang holland dan bawang putih diblend dengan 1 cawan air.

2. Setengah lagi shitake mushroom dan bawang holland dipotong dadu.

3. Panaskan periuk dan masukkan Anchor butter. Masukkan bawang holland dan tumis seketika sampai bawang layu.

4. Lepas tu, masukkan bahan yang telah diblend. Tumis sekejap, dan boleh masukkan air ikut kepekatan yang korang suka. Masukkan juga shitake mushroom dadu dan kiub pati ayam. 

5. Masak seketika, masukkan susu, kalau rasa nak sup yang lebih cair boleh tambahkan lagi air. Cik Timm suka pekat-pekat! Boleh tambahkan secubit garam untuk lebih lemak. 

6. Dah mendidih boleh tutup api dan sedia dihidangkan!

Garlic Bread
1. Potong roti bougette menyerong.

2. Panaskan kuali dan masukkan Anchor butter dan bawang putih yang dikisar kasar. 

3. Masukkan juga sedikit oregano. Cik Timm suka bawang putih tu garing-garing sikit.

4. Lepas tu, golekkan roti bougette dalam kuali untuk dia serap butter dan rangupkan roti.


Siap! Cik Tim kalau betul-betul malas semua bahan terus blend dan masak je terus. Tak ada tumis-tumis dah. Ni kira versi rajin sikit tumis untuk naikkan bau dulu. Sedap guna Anchor butter ni rupanya, wangi je waktu kita masak dia. Selepas ni boleh beli lagi butter jenama ni di lain masa. Nak tengok video masak boleh tengok di TikTok or Reels Cik Timm ya.


Btw, korang yang rajin buat video masak-masak boleh sertai pertandingan #SmoothLikeAnchorButterChallenge  . Cuma buat video memasak berdurasi 30seconds  menggunakan Anchor butter secara kreatif dan upload di Intagram Reels atau Tiktok. Anda berpeluang untuk memenangi cash prizes berharga RM8,500! Jangan lupa masukkan juga hashtag #DairyliciousMY #AnchorDairyMalaysia #SmoothLikeAnchorButterChallenge 

Good Luck!

10 comments:

  1. Tak pernah buat sendiri lagi. Biasa guna yang express je. Mudah juga resepi nak buat ni. Boleh try nanti (bila rajin)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah buat mushroom soup sendiri. Selalu beli dah siap. Thanks share resepi. Timm masuk ke contest tu? Good luck!

    ReplyDelete
  3. mama nampak kat ig timm semalam.. mmg nampak sedap sgt.. mama suka makan aje, malas nak buat haha

    ReplyDelete
  4. Boleh try nanti resepi ni.. btw, memanh suka butter Anchor, senang nak cari.. sedap.. bau pun wangi yakmattt

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share resepi..selalu mushroom sup beli yang paket je..hehe..Kalau Cik Tim masuk contest tu bagitau ye, boleh support..hehe

    ReplyDelete
  6. Rajin buat sup cendawan sendiri. Nampak sedap sangat dengan garlic bread tu! Kak Amie suka guna butter jenama Anchor.

    ReplyDelete
  7. Pandai buat sup cendawan, nampak sedap, nak beli roti baquet.. Ada contest, hadiahnya lumayan tu..

    ReplyDelete
  8. Anak akak biasa jgk dok buat..mak nya tau mkn ja..

    ReplyDelete
  9. rajinnnnnyaaaa dia masakkk������ laa igt td kalau mng dpt jumpa BTS f2f����

    ReplyDelete
  10. Sedapnya mushroom soup. Buat sendiri boleh adjust ikut taste. Wahh baru tahu ada challenge. Anchor Colab dengan BTS jugak eh

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com