Wednesday, August 18, 2021

Cik Timm di Fasa 40 Minggu Pregnant

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini usia kandungan dah mencecah 40 minggu. Macam sekejap je rasa, macam baru je tengok result kit ujian kehamilan. Tau-tau dah tengah tunggu masa nak beranak.


Family memang hari-hari tanya khabar, tanya dah beranak belum? Kak Yu paling excited, mana tidaknya anak kami sepatutnya lahir sama-sama tahun ini. Tapi tak ada rezeki beliau. Tak apa, anak Cik Timm pun anak Kak Yu juga! Lepas ni, dalam keluarga memang Cik Timm sahajalah penyumbang nak meramaikan lagi cucu-cucu arwah Pak Ngah Omar & Mami Norizan (mak mertua) ni. Keluarga Cik Timm sekarang ni cucu dah berjumlah 13 orang, belah Mr Roy pulak baru seorang! Memang excitedlah mak mertua dengan cucu baru ni.

Bermula dari semalam Cik Timm ke tandas tak berhenti. Asyik membuang air kecil je, agaknya sebab cuaca sejuk kot. Lagi satu, Cik Timm dah mula rasa perut yang makin sempit. Perut makin turun ke bawah, scan pun #azfajunior dah masuk ke posisi yang betul. Memang menunggu masa je nih. Nurse dah pesan kalau ada 3 tanda ni, cepat-cepat terus ke hospital,

Tanda-tanda Beranak;

1. Keluar air ketuban - air ketuban tiada bau, tiada warna
2. Keluar lendir atau darah - tak keluar banyak macam cerita movie tu, keluar sikit pun kena terus cepat-cepat ke hospital
3. Sakit contraction yang berlanjutan - nurse bagitau perut rasa mengeras, kawasan bawah pelvis rasa sakit, pinggang pun rasa nak tercabut

  Buat masa ni memang Cik Timm sentiasa pantau tanda-tanda ni. Belum ada lagi, 19 Ogos ni kalau Cik Timm belum beranak lagi 20 - 24 Ogos kena check jantung baby di Klinik Kesihatan. Kalau belum beranak juga lagi, 25 Ogos dah kena serah diri di Hospital Kulim. 

Sepanjang Cik Timm mengandung ni, mencari ilmu-ilmu tentang mengandung dari buku, nurse dan group dalam Facebook je. Group FB yang korang boleh join;

Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Banyak juga persoalan dari ibu-ibu yang blur macam Cik Timm. Jawapan yang diberikan pun sangat membantu. Antara kelab yang sangat aktif membantu para ibu walaupun kadang-kadang soalan yang sama je ditanya. Hahaha! So, untuk ibu-ibu dekat luar sana yang nak tambah ilmu boleh join group dekat atas tu ya. 

Apa Perubahan Fizikal yang Cik Timm Alami Selama Mengandung?

1. Orang tak tahu langsung Cik Timm mengandung sampailah kandungan usia mencecah 7 bulan, baru perut membesar dengan jayanya seperti ibu mengandung yang lain. Faktor badan Cik Timm yang kecil ni pun memainkan peranan juga rasanya.

2. Cik Timm 1st time kena buasir! Tak teruk sangat, cepat-cepat beli ubat sapu dekat farmasi. Alhamdulillah tak pedih dah, kalau tak nak duduk pun sakit. 

3. Kulit kaki terlalu kering, tambah dekat tumit. Jenuh letak bio-oil pun tak jalan juga. Sebelum ni tak pernah pulak kaki jadi kering teruk sampai keras betul tumit tu. 

4. Badan cepat berpeluh dan rasa macam badan berbau! Cik Timm sentiasa rasa panas sampai kena tidur dekat lantai nak rasa selesa. Badan berbau tu nurse cakap perkara biasa sebab orang pregnant tak datang period, jadi darah kotor tu tak keluar. Nak wangikan badan boleh mandi dengan daun pandan, serai wangi ataupun daun berangan.   

5. Perut gatal-gatal yang teramat! Punya tahan tangan ni dari menggaru. Garu nanti luka perut, garu dengan kain jer yang mampu. Kakak-kakak pesan sapu je losyen atau minyak zaitun. Lagipun dapat mengurangkan kesan stretchmark nanti. Harap-harap tak adalah kesan stretchmark selepas bersalin nanti.

Itu sahajalah antara perubahan yang Cik Timm nampak semasa mengandung ni. Fasa muntah-muntah hanya semasa di trimester pertama sahaja. Masuk trimester kedua dah makin ok, kadang-kadang je nak muntah sebab tak tahan bau ubat. Masuk trimester ketiga asyik nak makan. Mak mertua pun sumbat macam-macam takut nanti waktu berpantang teringin nak makan. 

Stay Safe semua!

16 comments:

  1. ohhh dah tunggu hari je. moga dipermudahkan urusan melahirkan dik. moga selamat semuanya amin amin

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan bersalin cik tim... bykkan berjalan k spy jalan cepat bukak

    ReplyDelete
  3. dah tak lama tu.. semoga dipermudahkan urusan bersalin timm

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cik Timm!! Semoga dipermudahkan urusan, nanti. Aamin..Tak lama lagi tu :)

    ReplyDelete
  5. Akak doakan agar timm selamat bersalin..dipermudahkan..akak pulak yg terasa nervous ni

    ReplyDelete
  6. Jaga diri tim! Semoga dipermudahkan segala urusan ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  7. wah..dah makin dekat. semoga dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang nanti. hepi lah mak mertua nanti dapat cucu pertama. So excited for u. jaga diri tau

    ReplyDelete
  8. Tahniah! Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin ya :)

    ReplyDelete
  9. Jaga diri baik-baik, mummy! Akak doakan proses kelahiran azfajunior mudah dan lancar.

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkanNya jua buat cik Tim, aamiin, jaga kesihatana dan jaga diri baik2 naa :)

    ReplyDelete
  11. Ralit baca perjalanan mengandung Cik Timm, mak mertua tak sabar nak timang cucu..inshaAllah dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  12. Seronok dengar orang mengandung ni...macam- macama pengalaman kan...tapi setiap pengalaman tu x sama..ada yang mabuk teruk..dan macam- macam lagi...semoga dipermudahkan buat Timm nanti

    ReplyDelete
  13. biasa laa tu cik tim. kite peknen org lain yg excited. rezeki baby laa tu bakal dpt family baik2 belaka. moga dipermudahkan urusan bersalin cik tim nnt

    ReplyDelete
  14. Pengalaman yang best. Seronok tengok orang mengandung. Semoga dipermudahkan urusan CikTimm. Tak sabar nenek nak jumpa cucu.

    ReplyDelete
  15. Sedikit sebanyak dapat tahu juga perubahan fizikal pada org mengandung .

    ReplyDelete
  16. Urusan dipermudahkan Allah.. rezeki anak nanti dh siap menunggu. Ramai yg akan syg

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com