Saturday, July 24, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha 2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Kali ni Hari Raya Aidiladha juga disambut dengan sederhana disebabkan Covid-19 yang masih melanda negara kita. Kes pula makin naik ya, Cik Timm memang dah malas nak ambil tahu jumlah kes sebab kita jadi makin takut. Dengan keadaan Cik Timm yang tengah sarat mengandung ni lebih besar risikonya. Ibu mengandung yang disahkan positif perlu dicaesar ya, semua ibu-ibu mengimpikan beranak secara normal.

Kehilangan Anak Saudara Baru (17.07.2021)

Lagi satu keluarga kami dikejutkan dengan berita sedih dimana Kakak Cik Timm yang sama-sama mengandung terpaksa bersalin secara paksa dengan operation disebabkan beliau mnghadapi tekanan darah yang sangat tinggi. Memang sebelum ni dah ada masalah ni, cuma pagi tu Kak Yu check-up di Klinik Kesihatan macam biasa, tapi disebabkan high BP, KK hantar terus ke hospital besar Pulau Pinang untuk pembedahan. 

Selepas BP dah turun, baru pembedahan dimulakan, yang sedihnya baby Aafiyah tak dapat diselamatkan. Sempat breathing sekejap je diluar sebelum menghembuskan nafas terakhir. Abang iparlah yang uruskan segalanya dan sentiasa update kami di Kulim ni. Disebabkan Covid juga, susah abang ipar nak sentiasa stay dekat hospital. Anything semuanya doktor atau nurse akan telefon. 

Selepas pembedahan pula, Kak Yu ada komplikasi darah beku di sebelah kiri. Terpaksa bedah sekali lagi. Esoknya pun ada lagi masalah darah beku sebelah kanan, pun dibedah lagi. Kami dekat Kulim ni memang mampu berdoa dari jauh. Seumur hidup Cik Timm, tak pernah lagi menghadapi kes masuk hospital teruk macam ni. 

Selesai pembedahan, Kak Yu dimasukkan ke ICU sebab tekanan darah yang masih tinggi. Ada pembuluh darah di otak yang mula nak tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. Doktor pula takut seandainya patient mengalami stroke. Alhamdulillah selepas drip ubat untuk stroke. Kak Yu dah makin pulih. Sekarang ni dah dipindahkan ke wad biasa on antibiotik jer.

Rasa juga kehilangan sebab rancangnya nanti kami sama-sama boleh balik kampung, baby pun macam kembar sebab lahir tahun yang sama. Allahu, redha je Kak Yu. Nasib baik beliau dah boleh terima hakikat. Nur Aafiyah Raihan menunggu ibu dan ayah dia di syurga..

Cerita Raya 

Selepas bergambar pagi tu, selepas zohor Cik Timm dan keluarga mertua ke Sungai Ular balik rumah mak. Rezeki rumah mak satu daerah saje. Balik untuk makan buah-buahan. Sakan betul famili mertua, masing-masing cewi sebab orang bandar. Seronok betul dapat kutip buah fresh. Nanti Cik Timm sambung  cerita dalam entry lain ya. Letih betul nak duduk lama-lama ni. Lenguh dan sakit belakang. 

Stay Safe semua!

12 comments:

  1. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un..Salam takziah untuk keluarga CikTimm. Sedihnya bila ada kematian dalam keluarga. Kita hanya merancang Allah maha mengetahui segalaNya.

    Seronok dapat raya dengan family. Selamat Hari Raya Aidiladha CikTimm sekeluarga. Dah nak dekat due ye? Semoga dipermudahkan juga segala urusan..Aamminn..
    you too, take care and stay safe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kaseh kak fiza, slamat hri rya aidiladha utk akak sekeluarga!

      Delete
  2. Allahuuuu kesiannya baby aafiyah. Semoga cik timm sekeluarga tambah dengan pemergian dia. Raya haji ni banyak cerita sedih. Memang tak kuat rasa bila buka socmed nampak rakan2 update berita sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dgn kes covid yg makin meninggi, rmai jgk kwan2 yg hilng famili due to covid..

      Delete
  3. Sedihnyaa bila kena induce lps tu baby tak selamat. Semoga tabah dan ada rezeki lain nanti utk kak tim. Jaga diri dan baby skrg ni kes makin naik risau kalau kena pi hospital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah kakak dah kluar wad dah, cuma dok kna ulng alik kk n hospital utk check up..

      Delete
  4. Salam belasungkawa buat Cik Timm dan keluarga. Moga ibu dan ayah tabah menerima kehilangan ini.

    Cik Timm pun jaga diri baik-baik. Jangan stress jangan fikir banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak farrah, alhmdulillah kakak pun dah kluar wad..

      Delete
  5. Salam takziah..semoga semua tabah & jaga kesihatan yer.

    ReplyDelete
  6. Oh! Sedihnya kehilangan baby.Moga Kak Yu tabah hadapu ujia getir ini. In syaa Allah ada rezeki untuk timang baby lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. alfatihah buat anak sedara tim

    walaupun dah 2 mggu... salam aidil adha... ;-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com