Saturday, January 16, 2021

Rutin Baru Setiap Sabtu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama tak update cerita sejak-sejak dah jadi isteri orang ni. Rasa masa sentiasa tak cukup. Tambah pulak sekarang ni Timm kurang sihat. Nak update di media sosial lagi tak ada masa. Cuma luangkan juga sedikit masa untuk business Gulaka_kulim.


Btw, setiap hari Sabtu Cik Timm ada rutin baru. Iaitu belajar mengaji pada setiap pagi Sabtu. Family mertua memang dah mula belajar mengaji dengan ustaz ni dah lama, jadi Cik Timm pun tumpang mengaji sekali. Kadang-kadang kita ni boleh je baca, tapi terlupa atau tergagap-gagap kalau dah lama tak sentuh Al-Quran.

Timm kira pertama kali juga belajar dengan orang luar. Maksudnya Timm belajar mengaji dari mak sendiri je, sebab mak memang mengajar budak-budak kampung mengaji. Sekarang ni tak dah sebab mak tak larat nak 'menempek' dan 'merotan' orang. Haha! Serius mak memang garang kalau bab mengaji ni. Kecik-kecik dulu memang selalu mengaji dalam tangisan.

Terima kasih mak, kalau tak mesti Timm tak boleh baca Al-Quran macam sekarang ni. Tapi kadang-kadang tu tersangkut juga. Biasalah, amatur..


Terima kasih juga mak sebab bagi pinjam radio comel yang ada bacaan ayat suci ni. Mak kata bukaklah waktu bangun tidur atau sebelum tidur. Sekurang-kurangnya kita tak lalai dan bagus untuk ibu-ibu yang berisi. 

Thanks mak...

7 comments:

  1. π™±πšŠπšπšžπšœ 𝚝𝚞 πš‹πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš› πš–πšŽπš—πšπšŠπš“πš’ πšπšπš— 𝚞𝚜𝚝𝚊𝚣. π™°πš‹πšŠπš– π™Ίπš’πšŽ πšπšŽπš›πš•πšžπš™πšŠ πš‹πšŽπš‹πšŽπš›πšŠπš™πšŠ πš‘πšžπš”πšžπš– πšπšŠπš“πš πš’πš.

    ReplyDelete
  2. Part ‘menangis dalam tangisan’ tu yang mahal. πŸ˜‚
    Bestnya, Timm. Seronok belajar mengaji ni, kan... boleh betulkan bacaan biar lebih sempurna.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Amalan yang bagus CikTim.

    ReplyDelete
  4. semoga mudah urusan nanti.. kerap2 bg baby dgr surah2. take care

    ReplyDelete
  5. wak pon ada radio mp4 quran tuuh., ;p

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com