Saturday, January 02, 2021

Hai 30series Puan Timm!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selamat Tahun Baru 2021!
Allahu, dah masuk tahun baru dan juga welcome 30series. 

Macam-macam yang dah terjadi sepanjang tahun 2o2o. Tapi semuanya tak terungkap dengan bait-bait perkataan atau pun gambar. Sebab itu media sosial Cik Timm senyap je. Yang pastinya Cik Timm perlu bersedia untuk menghadapi tahun 2021 yang lebih mencabar.

Bertukar Status Sebagai Tunangan Orang


Alhamdulillah Cik Timm selamat bertunang pada 12 Januari 2020 tahun lepas. Banyak betul dugaan sepanjang bergelar tunangan orang ni. Dugaan bertunang is real guys. Kami sendiri pun nyaris-nyaris juga nak putus. Waktu tu macam-macam perasaan datang, rasa macam dia bukan lelaki yang baik, rasa macam ada orang lain yang lebih baik dari dia. Ada sahaja alasan untuk kita rasa dia bukan terbaik. 


Tambah pula Cik Timm dah resign kerja di Pulau Pinang sebelum Covid-19 semakin memuncak. Ada hikmah juga Cik Timm berhenti. Rupanya Covid-19 semakin teruk sampai Malaysia di'Locked Down'. Sepanjang waktu Covid-19 ni memang Cik Timm banyak berehat di rumah je. Bila banyak masa terluang, masa pun banyak free, banyak juga perangai yang tiba-tiba muncul. 

Bertukar Kerja Baru

Cik Timm dah tak kerja dengan F&B lagi sebab encik tunang memang tak bagi dah. Jadi sementara menunggu masa untuk diijabkabulkan, Cik Timm buat keputusan untuk buat part-time business Gulaka_kulim dan juga kerja di salah sebuah kilang baru di Batu Kawan. End up kerja baru ni betul-betul kena dengan jiwa pulak, masuk bulan Januari 2020, Cik Timm dah selamat bekerja di sana selama 5 bulan dah. Baru kerja 5 bulan pun dah dapat BONUS! Mana tak happy! Alhamdulillah rezeki pengantin baru betul. Cuti waktu nikah tu pun guna Marriage Leave, senang betul cuti. Kita kerja pun enjoy jer sebab tak stress.

End of Single Life!

Urusan di pejabat kerajaan pula macam-macam, kami sampai kena ulang-alik 2 3 kali ke pejabat agama. Mula-mula kami sampai lewat 5 minit kerana urusan penghantaran borang sampai 3.30 pm sahaja. Kali kedua datang, Cik Timm tak bawa sijil kematian arwah ayah sebab wali Cik Timm abang sulung. Jadi borangnya sedikit berlainan. Kali ketiga datang, urusan penghantaran borang 5 minit sahaja. Ustaz tu pun tak tanya langsung soalan-soalan yang selalu ditanya jika kita nak menghantar borang kahwin. 

Nak dijadikan cerita, imam kariah Sungai Ular meninggal. Jadi semua urusan kami diserahkan kepada Pejabat Agama. Sebab itulah kami bernikah di sana, tak ada rezeki untuk nikah di masjid. 

Dugaan demi dugaan, dengan Covid-19 nya, dengan banyak urusan yang ditangguh atau ditukar, akhirnya kami dapat tarikh akhir untuk dinikahkan pada 30 November 2020, Isnin. Disebabkan ada kawasan Kulim yang tiba-tiba diistiharkan PKPD, kami tak boleh nak buat kenduri pun. Jadinya kami buat makan-makan antara keluarga sahaja. Sedih juga tak dapat nak jadi pengantin macam orang lain. Tetapi jimat banyak betul, ada hikmah juga Covid-19 ni tau. Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Kulim. 


Impian Cik Timm untuk nampak cantik di hari bahagia tercapai! Cik Timm dapat pelamin ala-ala gerbang, gambar dari photographer pun puas hati, make-up on point, baju kahwin pun cantik macam princess! Lagi satu impian untuk bergambar di sekolah menengah tempat kami belajar dulu pun dipermudahkan. Terima kasih pengetua SMK Kulim yang bagi kebenaran untuk kami bergambar di asrama, di dalam kelas dan beberapa tempat lagi yang mengimbau memori kami dulu. 


Goodbye 20series

Selamat tinggal 20series. Tak sangka sampai sekarang Cik Timm dah pun bertukar status kepada Puan Timm. Semoga 30series yang akan mendatang bakal membawa sinar baru. Mungkin juga dengan pertambahan ahli keluarga baru. Mungkin? 

Hanya doa yang baik dari rakan-rakan je yang Timm harapkan. Terima kasih semua yang masih menyokong Timm. Thanks everyone yang telah menyerikan life Timm di tahun 2020.

6 comments:

  1. alhamdulillah..semoga semua urusan dipermudahkan. selamat pengantin baru jugak

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday, Timm! Semoga terus mencoret momen bahagia utk 2021 😊

    ReplyDelete
  3. Eh, apsal akak wish birthday pulak? 😅
    Akak nak wish ‘Happy belated pengantin baru’ hehehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah puan :)
    Alhamdulillah banyak perubahan dan kemanisan ciktimm 2020.

    Happy new year. Tak terlambat lagi kan wish new year :)

    ReplyDelete
  5. tahniah Puan timm.. semoga tahun 2021 ni lebih bahagia. bab ujian tunang tu lg dasyat dr lps kawen ni

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com