Tuesday, May 05, 2020

RESIPI | Kuih Seri Muka Paling Mudah Dengan Menggunakan Sukatan Cawan [DAY 49 PKP/DAY 2 PKPB]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai everything!


Kali ni Cik Timm nak share satu resipi kuih tradisional yang Cik Timm berjaya buat! Ya, Cik Timm sangat excited sebab bab-bab kuih tradisional yang melibatkan pulut memang tak berani nak buat. Selalu waktu berpuasa mesti nak cari kuih-muih yang manis. Seri muka ni bukan favourite, tapi Cik Timm suka yang lapis atas dia flavour durian. Ha, Cik Timm kalau ke pasar malam Kelang Lama selalu cari mak cik ni. Gerai dia memang jual tak banyak kuih, selalunya gerai macam ni mesti sedap.
 
Resipi ni Cik Timm dapat dari blog Cik Matahariku. Cik Timm memang suka ikut resipi akak ni sebab selalu ada tips dan sentiasa menjadi. Thanks akak! Untuk lebih detail korang boleh ke entry ni Tips dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap.

Bahan-bahannya;



Pulut Lapisan Bawah
2 cawan beras pulut putih (Cik Timm habiskan stok pulut lama)
200mL santan kotak dan 1 cawan air
1 sudu the garam halus

Cara-cara memasak pulut;

Basuh beras pulut dan rendam 1 jam. Toskan air rendaman pulut. Cik Timm guna Loyang 4 segi, sapu minyak dekat loyang dan lapik dengan plastik. Cik Timm guna dua helai plastik sebab loyang agak besar.

Sementara itu, Cik Timm panaskan air kukusan.

Masukkan beras pulut dalam loyang, santan dan garam Cik Timm campurkan dulu sebelum masukkan sekali dengan beras pulut dan gaul rata. Kukus beras pulut dalam setengah jam atau sehingga masak. Kalau nak tahu pulut tu dah masak atau belum, korang pegang pulut tu kalau patahkan, dalam beras pulut tu dalam dia lembut kiranya dah masak.



Waktu masak tu, sekali sekala kacau beras pulut tu.



Selepas masak, Cik Timm angkat dari pengukus. Cik Timm tekan-tekan dengan penekan kek. Kalau tak ada guna sudu pun boleh.

Bahan-bahannya;



Lapisan hijau atas
200mL santan kotak dan 1 cawan air
1 cawan air dan 4 helai daun pandan dikisar dan ditapis
1 cawan tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula
1 biji telur
½ sudu kecil garam

Cara-caranya;

Untuk mempercepatkan proses, sambil kita tengah tanak beras pulut, kita dah boleh start buat lapisan atas dia.

Campurkan semua bahan dekat atas tu dan kacau sebati. Blend je semua bahan dalam blender. 

Banyak resipi letak pewarna, kusangkakan ada pewarna dalam peti ais, sekali buka alamak! Tak ada, so Cik Timm tak letak. Boleh je, warna kuih nampak kurang hijau je.

Cik Timm tapiskan dulu sebelum masuk dalam periuk. Masak sekejap atas api sambil dikacau. Nanti dia bergumpal kalau korang biarkan tanpa dikacau. Sampai nampak macam likat boleh tutup api.

Lepas tu, beras pulut tadi yang kita dah tekan tu kita masukkan dalam pengukus sekejap dalam 5-7 minit. Dah siap tuangkan adunan lapisan atas tadi tu atas pulut. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Ikut kata Cik Matahari, nak tengok masak boleh cucuk dengan lidi. Cik Timm panik jugak sebab dah cucuk dengan lidi pun tak keras-keras lagi.



Maka, Cik Timm kukus lagi sejam, dalam hati ni risaunya kalau tak jadi. So, Cik Timm keluarkan dari pengukus, biarkan diluar sehingga sejuk sebelum dimasukkan dalam peti ais. Berdebarnya dalam hati, waktu nak dekat berbuka baru Cik Timm keluarkan. Rupanya menjadi, atas dia jadi keras! 



Selepas itu, Cik Timm keluarkan dari loyang. Senang sangat cuma angkat plastik je dah boleh keluarkan. Potong comel-comel dan simpan dalam bekas. Letak dalam peti ais, nak makan ambil je dari bekas. Kuih ni tahan juga dalam 2-3 hari lepas tu baru fikir nak masak kuih lain pula untuk berbuka. 

Alhamdulillah! Nasib baik mak suka, sebab dia bab kuih tradisional ni memang cerewet.
Memang excited terlebih sebab seri muka menjadi. Lepas ni nak cari resipi yang lapisan atas dia perasa durian. Masih terasa dekat tekak ni mak cik tu punya seri muka durian. Sedapnya! Ok next punya kuih nak buat apa pulak yer, hmm. Any ideas??

9 comments:

  1. sedapnya kuih seri muka, dpt mkn mase berbuka puasa mmg puas rasanya..

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh cantik kejadian seri muka tu! hehe
    Dulu mak saya meniaga selalu la buat kuih ni, dah besar ni lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  3. great sis Timm💗 seronok kan bila first time kuih yg kita buat menjadi.. kuih yg dikukus biasanya kl dah cukup ms mengukus tapi kita tgk still lembik lagi, tipsnya ialah kita tutup api, biarkan dahulu ats dapur sampai air kukusan kering dr permukaann kuih, inshaAllah menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite, tq kak, i'allah lepas ni boleh buat lagi ikut tips akak tau share resipi best2!

      Delete
  4. Cantik kejadiannya timm....best2

    ReplyDelete
  5. wah hebat ciktimm pandai masak kuih seri muka. cantik kejadian kuih seri muka tu ha.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com