Saturday, February 29, 2020

5 Tips Persediaan Sebelum Anda Bercuti di Korea Semasa Musim Sejuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




1- Membeli baju sejuk atau winter jacket

Ini paling penting tau, Cik Timm sebelum membeli memang survey banyak tempat. Survey dekat bundle, kedai sukan, pasar malam & the list go on. Harga kalau di bundle bawah RM100 pun boleh dapat. Kalau dekat kedai yang khas menjual barang-barang winter memang agak pricey sikit. Kebetulan jalan-jalan di Aeon Bukit Mertajam, ada jualan winter punya barang out-of-season kot. Tak fikir banyak Cik Timm dapat RM141 jer. Harga sebenar dalam RM300+, berbaloi kan? 


Winter jacket pun ada banyak jenis. Ada jenis yang kain tebal, ada yang macam bubble-bubble yang Cik Timm pakai tu. Ada yang labuh sampai lutut, ada yang pendek macam Cik Timm tu. Macam-macam Cik Timm belek dalam Shopee dengan Lazada, tapi tak puas hati sebab tak tau material dia macamana, first time nak beli kan? Jacket Cik Timm dalam dia berbulu, memang panas je badan dekat sana. Poket dia pun besar boleh muat action cam dengan phone.Siap berzip, memang safe & secure. Dalam tu semua Cik Timm sumbat! 


2-Membawa baju inner atau long john

Cik Timm tak beli yang khas punya long john pun. Beli inner yang biasa je, so korang pun boleh je bawa innerwear yang biasa korang pakai. Tapi dekat sana wajib tau pakai. Sebab sejuk dia tak boleh bawa bincang, sekali angin dia datang, fuhh! Lagi satu, dekat airport nanti terus tukar baju yang bersesuaian yer. Dalam airport tu belum rasa sejuk, once pintu luar airport tu terbuka, badan terkejut sekejap sebab tak biasa lagi. Sila prepare ok! 



Inner seluar pun jangan lupa bawa! Make sure seluar korang jenis yang boleh pakai 2 lapis. Tapi Cik Timm tak bawa jeans langsung dekat sana. Cik Timm beli di Winter Leggings dekat Shopee. Sangat selesa pakai, beg luggage pun tak berat sangat. Material dia berbulu di dalam, so Cik Timm pakai inner nipis biasa dekat dalam, legging tu pakai dekat luar. Untuk muslimah dekat luar sana Cik Timm tak sarankanlah korang pakai macam ni. Kang kena kecam,eh..


3-Membawa wet tissue atau botol untuk mencuci ditandas

Yes, toilet diorang tak sama macam Malaysia yang ada pili air. Tapi untuk sesetengah tempat mcm namsan tower, vivaldi ski park toilet dia automatik ada pili pancut dalam jamban tu siap anginkan bontot bagi kering. Hehehe.. 

Partner Cik Timm bawak portable bidet, menarik juga tak tau pulak wujud benda gitu yer? Bentuk dia macam ni 👇 Comel pulak eh!

Gambar ciduk dari Google jer..

Tandas diorang kebiasaannya guna tisu je untuk mencuci atau beristinjak, so untuk Cik Timm ada wet tissues pun alhamdulillah. Wet tissues Cik Timm beli dekat Guardian, antibacterial wipes punya sebab bahaya COVID-19. 


5- Pakai moisturiser!

Ini pun wajib sebab kulit jadi kering sesangat. Cik Timm punya gatal satu badan, habis kaki dengan tangan bersisik. Memang korang rasa sejuk, tapi please pakailah pelembab dan minum air banyak. Gatal satu badan sampai sekarang jadi parut sebab garu kuat sangat. Nasib baik my sistur bagi set produk Najla. 



Seriously membantu jugak hah melembabkan kulit gatal tu. Gatal yang memang tak boleh nak bawak bincang. Dah macam monyet je asyik menggaru. Kalau korang nak try produk ni boleh contact my sistur Rohayu punya Facebook.

6- Sarung tangan & heat pad




Konon nak buat 5 tips je, tapi rasa nak tambah lagi untuk future reference korang. Sarung tangan wajib beli or tangan korang kebas keras. Carilah glove yang cun-cun saiz tangan korang dan boleh touch screen phone. Betul tau sebab susah nak guna tangan dengan sarung tangan besar.
Cik Timm dapat glove tu dari Sport Direct harga RM39. Saiz memang cun dan boleh touch screen phone. Tapi, dalam keadaan tangan kejung, cabut jugak glove tu sebab tak selesa. 




Allright, next is heat pad. Heat pad Cik Timm beli dekat Daiso. Sampai sana cabut pelekat dia dan tampallah mana yang nak. Tampal letak dalam poket winter jacket memang best. Panas je seluk tangan dalam tu hah. Tapi kadang-kadang tak rasa panas pun, balik bilik baru rasa panas, eh. Sampai dekat sana boleh beli lagi heat pad. Banyak je jual lelong tepi jalan pun ada. Ada malam kitorang jalan-jalan dekat Myeongdong Street memang ada orang jual murah-murah heat pad sebab malam tu memang sejuk sangat, tak silap suhu malam tu dalam -6C. 


7- Download Naver Map/Kakao Map


Google maps tak boleh guna dekat sini tau. Menggagau baru download apps dekat atas tu waktu nak cari guesthouse. Dengan phone jadi 'hang' sebab sejuk sangat agaknya. Ada juga dari pembacaan Cik Timm alat-alat elektronik better masukkan dalam bag yang dimasukkan heat pad sebab nak pastikan diorang tak terkezut, phone partner pun sampai off secara tiba-tiba. 

So, sementara ada di Malaysia downloadlah apa yang nak. Tapi Naver Map ni dekat malaysia tak berfungsi pun. Btw, dekat sana Cik Timm sewa portable wifi dekat website Klook. Kitorang share dua orang. Actually banyak pakej yang kitorang tempah dari Klook. Nanti Cik Timm share more detail, itu pun kalau korang semua nak baca. Haha! 

8- Membawa botol air

Botol ni jumpa dekat NOKO.

Bawa botol air walaupun tak rasa dahaga. Please hydrate yourself, kalau tak jadi macam Cik Timm kulit terlalu kering. Botol air korang boleh beli jenis plastik yang boleh dilipat-lipat. Jimat ruang dalam beg. Cik Timm dapat botol air ni dari Sport Direct jugak, RM3 je tak silap. Itupun beli time offer. 

Anything else nak tambah? Haha! Kalau ada Cik Timm tambah lagi ye. Allright, Cik Timm dah 2 minggu balik Malaysia yer. Gambar je baru diupload masuk, itu pun kena serang sebab sekarang  T COVID-19 dekat Korea Selatan meningkat mendadak. Mak bising juga waktu Cik Timm nak ke sana. Tapi planning holiday ke Korea dalam setahun tau. Rugi pulak kalau cancel. Alhamdulillah Cik Timm ke sana awal sikit sebelum wabak ni makin serius. 

Sebab tu Cik Timm standby mask muka, antibacterial wet wipes dengan sanitizer. Tapi waktu Cik Timm ke sana, semua kedai-kedai ada sediakan sanitizer. Kedai tepi jalan pun ada. Booth-booth kesihatan dibuka untuk orang ramai yang nak check masalah kesihatan. Apa pun buat masa sekarang ni elakkan kalau nak bercuti di luar negara walaupun tiket flight tengah murah. Mana yang lebih penting? Kesihatan atau keseronokan?? Tepuk dada tanyalah akal.

3 comments:

  1. bagus tips ni..
    baca tips ni rindu korea pulak
    iena pergi korea terus demam tp gigih nak jalan2 jugak sebab alang2 dah pergi sana kan..
    kawan2 lelaki jadi mangsa semua jadi gentle man bg iena pakai winter coat dorang..berlapis2 winter coat iena :D

    ReplyDelete
  2. nice sharing. tapi kena hold dulu kalau nak ke sana sekarang kan.. spring is the best time pada akak.. tak mengegel kesejukan sangat lah kan.. moga2 virus ni cepat diatasi.. so orang boleh jenjalan Korea balik.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya memang sangat sejuk.. kat Taiwan pun sejuk gak masa musim sejuk, tapi 10 darjah je, takdelah sampai phone terus hang..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com