Monday, November 12, 2018

DAY 4: Floating Market & ASEAN Night Market di Hatyai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera







Krabi Trip



Hari ke-4, 10 Mac 2018, Sabtu




Bersambung hari ke-4 di Krabi. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Krabi. Jadi Cik Timm dengan Kak Sue bangun awal untuk tengok sunrise di Pantai Aonang dan cari sarapan di sekitar sini. Bercuti di sini makanan bukanlah satu masalah besar tau. Senang je nak cari makanan Halal, peniaga pun cakap bahasa Melayu. Hahaha!





Sambil berjalan di pantai, ambil angin dekat patung ikan todak. TIPS untuk bergambar dekat sini, pi awai pagi selepas subuh. Tak ada manusia pun dekat sini. Kami dua je yang pusing-pusing sini. Baru puas hati & tak photoboom. Sarapan kami dengan nasi lemak, portion memang banyak, ayam pun besar. Sedap pulak tu! Breakfast pagi tu 60THB je. 


Macam-macam ada~



Packing semua barang untuk siap-siap balik ke Hatyai. Van yang sama juga dari Lipe Tour. Diorang ambil kami dalam pukul 10am macam tu. Sama juga memang akan stop dulu di Trang Phattalung untuk basuh makan ke, tandas ke & isi perut. Kami sampai di Hatyai dalam tengahari juga. 


Lee Gardens Hotel, Hatyai



Ini part yang kelakar. Disebabkan barang yang banyak dan penat kami ambil tut-tut ke Lee Garden Plaza Hotel (25THB). Peh, hotelnya memang nampak grand gila! Lepas tu depan hotel tu banyak gila askar-askar. Mungkin ada event kot, lagipun tempat tu dulu pernah kena bom kan. Naik lif ke atas tempat receptionist, rupanya kami salah hotel!




Sebenarnya tempat kami tu di Lee Gardens Hotel. Mak aih, turun balik naik tut-tut lain (25THB) ke hotel yang sebetulnya. Sampai hotel ni, masih kena bayar deposit 1000THB walaupun kami dah bayar full payment dekat hotel tu. Pelik aih, ke memang ada hotel yang buat polisi gitu? Memang la dapat balik deposit waktu nak check-out. Tapi nak buat apa dengan 1000THB tu sedangkan nak balik Malaysia dah. Bilik memang kami tempah dua, satu bilik 2 orang. Satu bilik lagi agak seram dengan sarang labah-labah tak disapu. Mak aih, complain dekat receptionist, 'spider web' pun tak tahu benda apa. Pening jap kami kat bawah tu. Dengan pakcik jaga pintu guest tu pun tak habis-habis suruh kami naik tut-tut dekat depan hotel tu. 

Memang kami tak naik tut-tut dah sebab mahal. Kami amik Grab sebab lebih murah! Sambil kami jalan ke luar hotel cari tempat tukar duit dulu. Cik Timm tukar RM50 dapat 390THB. Terus kami guna Grab Car dari Lee Gardens Hotel ke Khlong Hae Floating Market, baru 146THB satu kereta. 

Klong Hae Floating Market






Pukul 5pm baru kami sampai di Khlong Hae Floating Market. Floating Market sini hanya dibuka pada hari Jumaat sehingga Ahad pukul 3pm-9pm sahaja tau. Orang memang ramai gila, jalan masuk dah memang ada orang menjual barang-barang macam makanan, cenderahati, ikan laga cecomel dalam botol pun ada! Lepas tu ada jambatan boleh nampak dah sampan bebanyak yang sedang menjual macam-macam makanan. 








Macam-macam makanan ada, semua makanan biasa yang selalu dijual di kedai biasa. Cuma yang menariknya dijual diatas sampan, duit dan makanan semua disua dengan raga yang diikat kayu. Yela, jarak antara pelanggan dengan makcik yang menjual kan jauh sikit. Kang dok mengonggek membeli tergolek masuk dalam sungai.HAHAHA!






Selepas membeli, cari tempat duduk pulak. Orang ramai, pandai-pandai bergilir-gilir beli makanan dan jaga tempat duduk. Cik Timm tak makan banyak sangat pun. Berabis 55THB je, tapi dapat makanan dan minuman. Kalau beli minuman dalam cawan cute Hello Kitty tu boleh dijadikan cenderahati. Comel gila! Dekat atas pun ada juga jual barangan cenderahati, ala-ala pasar malam. Pukul 7pm kami dah settle makan & bergambar dekat sini.






Next, kami ambil GRAB lagi untuk ke ASEAN Night Market dengan harga 157THB satu kereta. Dekat sini suasana dia macam Pekan Rabu, macam Padang Besar pun ada. Baju, beg, seluar, kasut semua ada jual. Bangunan dia ada dua tingkat, tingkat atas ada tandas dan tempat makan. Yess, makan lagi walaupun tadi dah makan (70THB). Dari review dekat sini, anda wajib cuba jus dia. Dekat sini makan tak sempat nak ambil gambar apa pun. Sebab badan rasa letih gila, dengan ramai orang lagi. Rimas tu..




Selesai mengenyangkan perut, turun bawah untuk pusing-pusing tengok apa yang ada. Ada binatang eksotik macam burung hantu, iguana. Budak-budak suka la tengok binatang macam ni sebab boleh pegang. Kawan-kawan nak cari barang-barang cenderahati macam green tea tu, tapi tak ada jual dekat sini. 

Ini rare..

Ambil serba satu kekacang tu, haha!

Hari makan lewat, akhirnya kami g Tesco cari barang-barang lain yang boleh di shopping sebab esok nak balik Malaysia dah. GRAB ASEAN Night Market ke Tesco terdekat hanya 85THB. Kawan-kawan lain pakat memborong susu yang dalam bekas macam pencuci muka tu. Cik Timm beli kacang dan jajan yang rare je. Kang beli benda bukan-bukan jadi hiasan je dekat rumah tu. Boleh dikatakan kami customer yang terakhir dekat Tesco tu sebab dah lewat malam kan. 



Dari Tesco ke Lee Gardens Hotel dalam 89THB. Disebabkan tak puas berjalan lagi, selepas kami letak semua barang dalam bilik hotel. Turun bawah ambil angin tengok apa yang ada dekat area sini. Hakak-hakak ni berurut lagi. Haha! Balik ke hotel untuk tidur tak ingat pukul berapa, yang pastinya terlena waktu tengok cerita TV3. Dekat sini dapat channel Malaysia tau!


Kesimpulan tentang Grab? Mungkin industri grab ni boleh membunuh industri teksi di sesuatu tempat. Tapi sebagai pengguna of course kita ada hak untuk memilih. Jadi mesti kita pilih sesuatu yang lebih murah & berbaloi. Jadi orang yang bekerja atau berbisness kena seiring dengan pembangunan yang semakin pesat. Kalau tak memang ketinggalan..


Nak ushar entry-entry sepanjang travel di Krabi? Boleh klik link di bawah ni ya 👇

5 Tips Sebelum ke Krabi

DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand


DAY 2: Island Hopping dengan Pakej Phi Phi Island


DAY 3: Pakej Emerald Pool & Tunggang Gajah

6 comments:

  1. bestnya! duk saving gak nak p sini!

    ReplyDelete
  2. Bestnya!! Ada masa nak pergi gak ^^

    ReplyDelete
  3. akk baru sampai Krabi je. Hatyai belum. Nampak best. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalalamualaikum kak good morning, numpang gabung ya... hehe

    ReplyDelete
  5. tudia, mac punya cerita ka.. ingatkan baru ja pi..

    ReplyDelete
  6. Bila la nak dapat peluang ke sana. Huhu...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com