Saturday, June 02, 2018

Tips Pahala untuk Wanita Uzur di Bulan Ramadan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Tau tak benda apa yang merunsingkan perempuan waktu bulan Ramadan ni? PERIOD, yes! Sentiasa berkira-kira bila agaknya nak period or kadang-kadang berdoa janganlah period dalam bulan puasa ni. Sampai macam tu, sebab? Nanti kena ganti, ganti puasa ni lagi besar cabarannya. Sebab berpuasa semasa orang lain tak berpuasa pun.

Cik Timm pun punya seronok sebab kawan-kawan lain di tempat kerja semua dah mula ponteng puasa sebab keuzuran. Cik Timm ja yang masih selamat. Tapi memang agak bermasalah sebab tak datang langsung bulan lepas. Risau juga sebenarnya, nasib baik ada install period tracker dalam phone, senang nak check dan apps ni sentiasa update tarikh yang sepatutnya kita on the flow.

Oklah, Cik Timm nak berkongsi sedikit amalan-amalan yang boleh kita amalkan di bulan Ramadan sekiranya keuzuran atau period;

1. Bangun sahur meskipun tidak berpuasa.
Dalam sahur ada keberkatan.

2. Memperbanyakkan sedekah.
Kadang-kadang kita ke bazar, ada banyak tabung-tabung untuk kita derma dan sedekah. Senang kan?

3. Berzikir.
Mengingati Allah sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan. Antara zikir-zikir yang boleh diamalkan:
"SubhanAllah" = Maha Suci Allah
"Alhamdulillah" = Segala Puji Bagi Allah
"Allahu Akbar" = Allah Maha Besar
"La Ilaha Illa Allah" = Tiada Tuhan Selain Allah
"La hawla wa la quwwata illa billah" = Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah

Ataupun zikir harian ni:

Sumber: google


4. Beristiqfar.
Boleh ucap "Astagfirullah" = Aku memohon keampunan Allah berulang-ulang kali.

5. Membaca Al-Quran.
Disebabkan tak boleh memegang mashaf Al-Quran, kita masih boleh mendengar ayat-ayat Al-Quran.

6. Menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa.
Kadang-kadang kita terlupa kan, menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa pun boleh dapat pahala. Tengok dekat Makkah dan Madinah tu, berebut-rebut panggil orang untuk berbuka puasa dengan juadah yang mereka sedekahkan. 

Sumber: tazkirah.net & muzir.wordpress.com



Semoga semua amalan kita walaupun sekecil-kecil zahrah, Allah kurniakan pahala seperti orang berpuasa. 

p.s. Dah mula buat persiapan raya ke??

9 comments:

  1. terima kasih berkongsi timm😊

    ReplyDelete
  2. begitulah sifatNya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. perkongsian yang bagus sangat Tim , Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah, ni tgh mengumpul phala ni kak ana, hihi

    ReplyDelete
  4. nice sharing :) next week dah raya tapi belum ada persiapan lagi. hehehe

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  5. nice sharing. kena pulak tahun ni time 10 malam terakhir period haih

    ReplyDelete
  6. nice sharing Timm. betul.. uzur bukan alasan tak boleh kutip pahala =)

    ReplyDelete
  7. thank you so much for sharing. lama x singgah sini

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com