Saturday, June 23, 2018

Menaiktaraf Kad Sim 4G LTE Celcom dengan Pos (FREE)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Banyak sebenarnya nak cerita dalam blog ni, cuma diperam sebab kekangan masa. Busy gila waktu nak raya tu, tak tau busy benda apa. Itulah konon raya tahun ni malas nak buat kuih raya. Tengok-tengok bosan pulak kalau tak ada kuih raya, punya sibuk meng'cookies' 2 minggu sebelum raya tu. Asyik mengantuk punya pasal, sanggup tidur dulu selepas maghrib. Pukul 9 gitu baru bangun untuk buat kuih raya or balut ketupat. Itulah rutin harian sepanjang penghujung bulan Ramadan lepas.

Cik Timm nak share cara paling senang untuk menaiktaraf kad sim 4G LTE dari Celcom.

Kawan Cik Timm pelik kenapa line internet Celcom Cik Timm 'H', sedangkan dekat phone kawan '4G'. Lepas tu Celcom selalu hantar mesej untuk tukar kad sim baru di cawangan Celcom yang berdekatan. Biasalah, dengan perangai pemalas ni dok tangguh jer. Lepas tu, Celcom ni geram agaknya, diorang hantar mesej boleh tukar kad sim secara pos je. 



Cik Timm cuma taip seperti yang diarahkan, masukkan nama penuh dengan alamat. Katanya proses akan mengambil masa dalam 2 minggu. Cik Timm ingatkan main-main je. Dok ingat tu mesej spam je. Dalam 2 minggu lebih juga Celcom poskan kad sim yang baru!



Tapi, sampai je kad sim tu tulis 'Postpaid' sedangkan Cik Timm guna Prepaid. Ingatkan dah salah dah, Cik Timm baca dalam laman web community Celcom, tak perlu risau. Cuma ikut arahan yang diberikan dan kad sim tu akan tukar ke 4G tanpa kita bertukar plan lain. 

Sumber: Community Celcom


3 Langkah Simple untuk Menukar Kad Sim baru;

1. Dail *151# menggunakan kad sim LAMA anda.
2. Masukkan 6 digit no siri terakhir di belakang kad sim 4G LTE yang baru (boleh rujuk gambar dalam surat tu).
3. Sila menunggu SMS untuk arahan selanjutnya.

Sekejap je prosesnya, nanti depa hantar mesej yang kad sim lama tu tak boleh berfungsi dah. Boleh terus tukar kad sim 4G LTE yang baru! 



Senang dan mudah. Sesuai untuk orang yang sibuk atau susah nak keluar rumah. Pertama kali nampak 4G dekat line Celcom tu. Sebelum ni pelan internet guna Hotlink, tapi sebab line slow, guna Celcom pulak. Line boleh tahan la. Lagipun phone Cik Timm 2 sim card. Hohoho, jadi nak guna mana-mana pun boleh. Tapi Celcom ni best jugak sebab bagi rewards banyak, JOOX memang asyik dapat free. Lepas tu freebies lain boleh pilih, nak Instagram 10gb ke, Facebook 10gb ke..etc..

Lagi satu, kad sim Celcom tu tak pernah bertukar pun. Memang no Celcom tu Cik Timm beli waktu study di Sarawak. Sebab tu no dia unik, bermula dari 013-8xxxxxx. Memang sudah bertahun usia kad sim tu. Memang patut bertukar. Cik Timm memang suka kumpul cenderahati macam ni, sebab akan ingat sampai bila-bila. Hihihi. Sama macam no plat motosikal Cik Timm, guna no Wxx sebab beli hasil titik peluh bekerja di Kuala Lumpur.

Anda dah bertukar ke kad sim 4G LTE yang baru?
Selalu untuk internet anda guna telco mana? Best tak? Jom share!

BTW, entry ni dah lama dah tau. Cik Timm sendiri tak guna dah nombor celcom tu. So, korang kena contact sendiri Celcom punya official website https://www.celcom.com.my/# . 

32 comments:

  1. skarang pakai Celcom jugak setia dengan Celcom. tapi nak upgrade pi pakej lain bayar bill murah sket tapi dapat tenet banyak..

    ReplyDelete
  2. wahhhh lamanya sim cik timm! jarang nombor nak bertahan lama, selalunya 2 atau 3 tahun je pastu tukar baru

    ReplyDelete
  3. Ada jugak dapat mesej tu. Sama la kita malas nak pergi cawangan terdekat. Asyik bertangguh je. Bagusnya buat macam ni kan. Mudah keje

    ReplyDelete
  4. kaw sini mmg dah lama 4G tu tu laa blk kg trs jd E eeeeeeeeeeeeeee rs nk menyumpah2 je

    ReplyDelete
  5. samalah kt

    celcom pos je sbb yui xp center utk tukar. takde masa. hahaha

    ReplyDelete
  6. Great article. I am facing some of these issues as well..

    ReplyDelete
  7. Saya guna maxis dan digi ja... Celcom klau balik kg, line slow

    ReplyDelete
  8. Hi. Mcm mna nak sms sruh dorg hanta ke alamat kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, sya xingat pulak no. sms tu, tapi mmg celcom yg hantar massage minta kita kasi alamat, nanti sya try cari n update balik yeh..

      Delete
    2. ha, sya dpt dah, taip 4G<>NAMA*ALAMAT ke 28887
      cuba try tgk ;)

      Delete
  9. bagus info ni cik timm. akak ada satu simkad celcom yang hampir seusia dgn sim kad cik tim. Nanti nak cuba...

    ReplyDelete
  10. Terasa macam nak guna celcom balik jer

    ReplyDelete
  11. Nk tanya...kalau kita tidak pakai sim card baru (yg upgrade) slps celcom hantar utk sementara, sim card lama still boleh pakai kan?

    ReplyDelete
  12. postpaid ni brp rm sbulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai prepaid jer, bukan postpaid..

      Delete
    2. Saya masukan 6 digit number siri yg terakhir tapi gagal untuk aktifkn boleh tolong tunjuk 6 digit yg betul

      Delete
  13. dpt sim card kecik dari sebelum ni ka?

    ReplyDelete
  14. Bru je dapt card sim baru.. Saya masukan 6 digit trakhir tp gagal.. Ckap salah masukkn nmber.. Sudah cuba bkali2.. Masih gagal... Boleh tolong..?

    ReplyDelete
  15. Saya dh masukkan 6 digit terakhir tapi gagal..tolongggg!

    ReplyDelete
  16. Saya pon gagal. Dah bnyk kli try msukkan no digit 6 tuu . smpai sekarabg

    ReplyDelete
  17. Dah banyak kali cuba tp gagal😞

    ReplyDelete
  18. macam mana nak daftar celcom 4G

    ReplyDelete
  19. memang ke klu dpt sim 4g bru ni msukkan dlm phone tulis sana no service?

    ReplyDelete
  20. Klu nk upgrade..mmg kne pegi cawangan celcom ke??xleh ke buat sndri??lg 1..dh upgrade mmg die tkr sim baru ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii, kite dah tak guna dah no celcom tu wak, hehe..better jumpa dgn telco celcom dekat mall or mana2 cawangan utk keterangan lanjut ya..

      Delete
  21. Cam mana nak upgrade sim celkom 4G ke celcom 4GLte.. 0145702419

    ReplyDelete
  22. Nak tnye,cmne ea nk tukar 3G ke 4G prepaid tpi nk guna nombor yang sama

    ReplyDelete
  23. kalau upgrade kad sim baru 4g lte tu adakah (nombor sim lama) masih boleh guna atau upgrade sim sahaja tapi kekal nombora lama

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com