Friday, June 22, 2018

Bertukar-tukar Kuih Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Dah seminggu kita menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tempat Cik Timm kerja ni sakan cutinya, dari hari Khamis (14.06.2018) sampai Rabu (20.06.2018). Enam hari cuti tau, kalau ikut 5 hari je, tambah sehari lagi untuk ganti cuti selepas Pilihan Raya hari tu. 

Cuti lama, bila nak masuk kerja balik punya baloq liat. Perangai, mesti ramai rasa macam tu kan? Minggu ni asyik makan free je sebab pakat-pakat bawa kuih raya dari rumah. Hari ni pulak ada jamuan raya. Memang setiap kali ada perayaan besar-besar macam Chinese New Year, Deepavali atau Hari Raya Aidiladha ada makan free. Itu je yang depa mampu kasi kot untuk ganti Annual Dinner yang tak pernah wujud pun?? Haha! Bertabah dapat company gini.


Hari Rabu ada 3 orang je yang bawak kuih raya. Ramai yang still cuti raya, pakat-pakat tak nampak batang hidung lagi. Buat kerja pun tak ada semangat. Balik kerja singgah makan McD dulu dengan kawan. Punya teringin dari sebelum puasa lagi, baru dapat. Malam tu punya eksited depan TV2 sebab ada cerita hindustan best, Mohabbatein. Kusangkakan dapat bertahan sampai habis, baru setengah cerita dah lena depan TV. Akhirnya TV yang tengok kita..


Hari Khamis sakan, semua bawak kuih raya. Berkenduri sekejap waktu break tu. Amboi, masa rehat tu rasa sekejap je. Balik dari kerja sempat berkunjung rumah kawan yang buat open house. Itulah satu-satunya rumah kawan yang Cik Timm berkunjung raya tahun ni. Sadiss..


Hari Jumaat, makan FREE! Menu sama je setiap kali jamuan perayaan. Tak kisahlah, asalkan FREE. Benda FREE memang sedap kan? 

Anda tu pulak macamana? Dah masuk kerja ke masih lagi cuti? Kawan Cik Timm ada yang cuti sekejap je, ada yang cuti lama sampai 10 hari. Menghabiskan sisa-sisa cuti katanya. Syok kan? Cik Timm masih tak ada Annual Leave lagi sebab masih dalam kontrak. Bosannya alahai, cepat-cepatlah dapat bertukar kerja. Aminnnn...

7 comments:

  1. kalau dok hostel dulu pun lepas balik cuti raya memang penuh loker dengan kuih raya. malam balik jeee kenduri kuih raya macam2 jenis hehee..

    ReplyDelete
  2. bestnya main tukar2 kuih raya, meriah la perut makan banyak jenis :P

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Cik Timm. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  4. seronok bertukar tukar kuih raya...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat timm dan keluarga

    ReplyDelete
  5. dah lama x buat aktiviti tkr2 kuih ni...

    ReplyDelete
  6. Sis berpantang dlm raya 😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada gak smbutan raya kt opis.. Kami ni pakai xda pa... Kerja seperti biasa.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com