Monday, May 15, 2017

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Artis Baharu Lelaki Popular
Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular
Sweet Qismina

Artis Versatil Popular
Ifa Raziah

Pengacara TV Popular
Neelofa

Artis Komedi Popular
Zizan Razak

Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular
Siti Nordiana

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Akim & The Majistret

Penyampai Radio Popular
Radin (Era)

Pelakon TV Wanita Popular
Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular
Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular
Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular
Zul Ariffin

Penerima Anugerah Sepanjang Hayat
Ella

Anugerah Bintang Paling Popular
Fattah Amin


Hari ini Cik Timm berkesempatan menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Bagi Cik Timm memang sesuai pengacaranya, Faizal Ismail, Zulin Aziz & Ogy Ahmad Daud bergandingan. Kiranya zaman dulu punya veteran + golongan newbie. Cuma Kak Ogy macam sedikit over jer sampai tenggalam dua orang pengacara lain tu.

Tapi Cik Timm pening dengan iklan dari DSV ni hah, pamoga tak habis-habis. Pening kepala dibuatnya tau. Zaman excited dulu-dulu masa tengok ABPBH tak sama dengan sekarang. Hurm, gelak sorang-sorang Cik Timm baca tweet memasing dalam #abpbh30 . Memang made my day.

Apa pun tahniah kepada Fattah Amin kerana memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2017. Cuma Cik Timm perasan macam tak proper pulak anugerah Fattah Amin ni dari bawah pentas, macam krikkrikkrik. Lepas tu, persembahan terakhir dari Ayda Jebat & Elly Mazlein. Serius macam caca merba sebab dah overrun atau pun terlebih masa.

Diharap, ABPBH yang akan datang akan mengembalikan kegemilangan zaman kami semua excited nak tengok sampai sanggup siapkan kerja sekolah semata-mata nak tengok rancangan ni. Hanya sekadar pandangan kecil dari Cik Timm je yer..

Hampa semua tengok ke tadi??


1 comment:

  1. tak sempat tengok sampai habis tadi. anak dah ajak tido. haha.
    Betul tu, waktu dulu2 lagi best tengok. hihi

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com