Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ha, waktu Cik Timm balik dari Langkawi baru sempat merasa naik bot yang bawa kenderaan untuk pergi-balik Langkawi.
Pagi selepas Subuh kami dah bersiap-siap untuk ke Jeti Tanjung Lembung, bukan turun dekat Kuah tau. Itu untuk bot yang bawa penumpang sahaja.
Cik Timm memang recommend Dhania Motel kalau ke Langkawi. Kami sampai ke jeti memang awal, kami orang pertama yang naik bot tu. Abang ipar memang dah tempah sebulan awal sebab untuk bot ni ada limit. Jadi kalau nak berurusan tempahan semua boleh ke sini ya -->
Langkawi Ro-Ro.
|
Bye bye Langkawi! |
Amboi, kereta front line sekali. Bot ni memang lambat dari bot biasa, 2 jam perjalanan dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis. Walaupun lambat, tak boring sebab tingkat atas bot ada kerusi untuk duduk tengok movie, atas sekali pulak boleh ambil angin. Siap ada kaunter jual jajan lagi, memang tak boring kan.
Ni dari tingkat atas sekali, angin kuat gila! Seriau tengok lori bawah tu kan 👇
Sambil ambil angin, sambil boleh tengok pulau yang mengelilingi tasik dayang bunting yang Cik Timm tak sempat nak pergi. I'allah nak bercuti di Langkawi lagi!
Akhirnya duduk lepak dekat situ sambil dengar lagu. Bot kami berselisih dengan bot penumpang biasa yang Cik Timm share video dalam IG tu. Duduk dekat situ memang rasa hati tenang je. Hilang semua masalah.
Bot kami pukul 12 pun dah sampai, tapi disebabkan air laut surut. Kami kena tunggu dalam sejam lagi untuk pastikan air laut pasang, baru bot boleh berlabuh.
Atas tu bot untuk transport ke Langkawi jugak, yang tu Langkawi Auto Ekspress. Dalam pembacaan Cik Timm ada dua perkhidmatan ini sahaja untuk bawa kenderaan ke Langkawi. Kalau ada lagi syarikat lain boleh share di sini ye.
Abang-abang sado tengah buka tali untuk pintu depan.
So, kiranya cuti kali ni memang betul-betul #shortvacay . Sekurang-kurangnya ada juga waktu untuk release tension, asyik kerja memanjang otak dengan badan jadi lemah dan lesu.
Bye semua!
Day 1: Langkawi, Here We Come
Day 2: Langkawi Skycab & Shell Out
Ro Ro terbaru ni x try lagi...
ReplyDeletesuatu hari nnt nk try bawak keta sndri la plak ke sana