Thursday, March 30, 2017

Day 2: Langkawi Skycab & Shell Out

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi-pagi dah bangun awal untuk ke Langkawi Skycab. Otw ke sana kami stop di satu kawasan bukit yang nampak ciptaan Allah yang sangatlah mendamaikan, sejuk mata memandang!


Dari sini nampak petak-petak sawah pagi, bukit, rumah kampung comel, lepas tu ada kawasan lapang untuk kapal terbang landing. Haih, macam tengok dalam lukisan. Jadi kalau hampa nak mai sini senang ja, tepi highway ja kawasan ni. Signboard pun tulis Pemandangan Indah. Dapat selfie cantik tu..
Kami sampai di Langkawi Cable Car memang awal pagi. Kereta kami ja ada di parking lot tu. Kaunter untuk beli tiket belum buka. Tapi pelancong semua dah beratur. Rate tiket boleh tengok gambar kat atas tu 👆. Semua dalam bentuk pakej. Kami ambil pakej Basic Combo, 
RM40 (Adult) RM 30 (Child) = Skycab + Skydome + Skyrex +3D Art Langkawi 
Pastikan bawa IC sekali ye..
Tiba-tiba ada pengumuman angin kencang, perkhidmatan cable car stop sekejap sementara tunggu angin. Jadi kami pusing-pusing dulu dan bersarapan. Mak aih, punya mahai, mentang-mentang kawasan pelancongan ye. Makanan pun biasa-biasa je. Better anda sarapan dekat gerai-gerai tepi jalan sebelum masuk sini ya. 

Dalam pukul 10.30am, depa buat pengumuman untuk pemegang tiket pukul 11.30am dah boleh beratur untuk naik cable car. Kiranya angin dah ok tu. 
langkawi, cable car, skycab, holiday. cuti sekolah,
Ramainya manusia!
Beratur pun ada dua barisan, VIP dengan yang biasa. Sambil-sambil beratur ada orang ambil gambar. Bolehlah beli buat cenderahati. Ada juga dia letakkan pameran barang-barang digunakan untuk cable car ni. Taklah boring menunggu, tapi tak lama pun kami beratur, dalam 10 minit terus boleh naik cable car. Satu cable car biasa akan memuatkan 6 orang. Jadi staff dia akan susun kita 6 orang. 

Bertabahlah, entry ini akan ada spam gambar yang banyak.


Nampak tak muka orang kat situ, mancung hidung dia tau, hehe..


1st Station, berangin sangat. Boleh terbang segala benda nih. Lagi satu, pilih pakaian yang sesuai untuk naik sini. Tudung tak payah nak kelepek-kelepet sangat, terbang segala pin tu nanti. Hahaha!

Dark vader pun ada atas ni kalau nak bergambar tau. Lepas tu, kena naik balik cable car untuk station kedua yang lagi best! Ada sky bridge 👇. Tiket untuk naik sini lain pulak tau. 



Weehu, memang transparent habis!
Turun ke skybridge naik lif, tapi naik balik dengan trail biasa, fuh, semput! Lama sangat tak xcercise ni. 



langkawi, cable car, skybridge

langkawi, skybrige, cable car

langkawi, skybridge

cable car, langkawi, skybridge,


Angin punya kuat sampai terbang spek mata omputih. Memang angin kuat sangat tau. Skybridge ni kalau keadaan tak mengizinkan macam hujan atau angin terlalu kuat dia akan tutup. 

Settle pusing-pusing dekat atas, kami turun untuk ke Sky Dome. Ala, macam tengok cerita 3D yang ada naik roller coaster tu ja. Kami masuk sebab dah termasuk dalam pakej. Rugi pulak kalau tak masuk. Kalau saja-saja beli tiket nak try Sky Dome, tak payah kot. Dalam 5 minit je tayangan dia. Haha!


Seterusnya, kami ke Sky Rex. Aduhai, letih menunggu ja sebab beratur. Lepas tu dah tengahari rembang pulak, basah ketiak. Agak syok la sikit Sky Rex ni dari Sky Dome. Seolah-olah kita naik bot ke Jurassic Park. Ada la dia percik-percik air sikit nak bagi kengkonon real. Tayangan ni pun dalam 10 minit macam tu kot. 


Last stop ke 3D Art Langkawi. Rupa-rupanya sini tempat orang dok bergambar lawa-lawa!

Bertabahlah, entry ini akan ada spam gambar yang banyak.









Sangat tergamam dengan seni lukisan dalam ni, tak tau macamana depa boleh lukis begitu detail dan real. Dinding ada lukisan, lantai pun ada! Semua lukisan 3D bukannya kecik, saiz mega kot. Waktu Cik Timm ke sini ada lagi kawasan dalam construction, ada cat dengan berus lukisan.

Disebabkan kami kejar masa, tak sempat nak tengok show. Settle sudah adventure dan pusing-pusing di sini, kami shopping dulu di kedai cenderahati.

anas pulak waktu kami keluar ni, seterusnya kami nak jalan-jalan cari minyak gamat dan shopping coklat. Minyak gamat kami beli di kedai tepi jalan je, semua kedai kebanyakan jual harga yang lebih kurang sama kot. Dalam perjalanan ke Pekan Kuah jumpa abang ipar dengan geng-geng basikalnya.


Destinasi wajib pelancong kalau nak shopping adalah di Pekan Kuah, Haji Ismail Group. 


Biasalah, macam-macam barang dekat sini, coklat bermacam-macam. Cik Timm memborong coklat dengan kain batik sampai dekat RM150 jugak tau. 

Cik Timm recommend 👆 yang ni. Rasa memang sama macam Nutella tapi sangat murah, RM9.90 JEE! Sampai sekarang tak habis-habis lagi makan. Haritu guna buat spread dalam cheesekut, fuh! sedappp! 

Sebelum balik ke Pantai Cenang, kami makan dulu di kawasan situ juga. Bersebelahan dengan uptown, sedap betul nasi goreng dia. Agaknya kalau perut lapaq, semua sedap kan, hehe. Baliknya pecut, mana tidaknya abang ipar dah settle mengayuh. Tapi tak dapat masuk bilik sebab kunci tak ada. 

Malamnya Cik Timm tak join akak gi makan di luar sebab tak sihat. Tinggal sorang anak saudara teman Cik Timm dekat sini. Walaupun kami terlepas makan buffet yang sedap, kami dapat try Shell Out. Dua-dua orang cewi excited nak makan.


Lagi satu, semua tempat Shell Out dekat Langkawi ni sama je papan tanda kedainya? Hmm,,
Kami ambil kuah pedas, memang pedas sungguh. Hilang demam, kami ambil basic combo untuk dua orang. Ada ketam, kepah, udang tapi sotong tak ada. Sotong dalam combo yang mahal sikit. Amboi, mahal betul sotong ye. Untuk side dish kami ambil nasi dengan sayur. Bolehlah untuk mengisi perut malam tu.



Alhamdulillah, dekat Langkawi jugak dapat merasa Shell Out. Malam ni kami dah bersiap-siap packing sebab esok kami dah nak balik. Sekejap je kan cuti di sini, nama pun #shortvacay 

7 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com