Sunday, March 12, 2017

Day 1: Langkawi, Here We Come!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai blog yang terchenta, maaf sesangat sebab tinggal terlalu lama. Entry pun asyik-asyik pasal braces memanjang. Mesti boring baca kan? Bukannya apa, Ya Aulah, punya pemalas tak ada hati nak update blog. Bising pulak si tuan #gadisbertudungbiru mintak update cuti di Langkawi lepas. Hamba menurut perintah, huahuahua!

Jumaat, 17.02.2017

Bercuti pun bukan masa peak hour school holiday, jadi tak terlalu packed sangat orang. Tapi, ramai jugak la orang luar. Bukan bercuti sangat pun, sekadar menumpang sibuk je. Abang ipar ada event berbasikal pusing Langkawi. Kiranya macam acara tahunan, jadi depa pun masing-masing bawa famili. Jadi, kami ke sana dengan kereta sebab senang nak bawa barang basikal tu. Ramai jugak yang tanya tambang kalau naik feri bawak kereta sendiri, Cik Timm tengok dalam dokumen tiket tu macam RM200+. 

Cik Timm dengan sorang anak sedara naik feri biasa untuk ke sana sebab boring nak tunggu feri transport. Sampai sana dalam masa sejam je. Harga tiket pun RM18 untuk seorang dewasa sebab kami dari Jeti Kuala Perlis. Disebabkan beli tiket lambat, dapat tempat pun bawah dek, aduhai rasa sempit dan rimas dengan tempat tertutup. Jadi Cik Timm dengan anak sedara keluar duduk tengah dek. Nak keluar dari bot depa kunci pulak pintunya..


Nasib baik ada beli cucuk-cucuk dekat terminal tadi, dapat isi perut sambil bersembang. Sampai jeti di Kuah, Cik Timm memang rasa Langkawi dah lain dari dulu. Last Cik Timm ke sini pun sebab rombongan sekolah. Terminal feri dia pun macam airport, macam-macam ada. Kami ushar-ushar map Langkawi dulu, beli spek sorang satu dan solat Zohor dulu. 

Alang-alang burung helang yang besaq tu sebelah terminal je atau dipanggil Eagle Square, kami jalan kaki untuk bergambar dulu dekat situ. Panas-panas ni ambik gambo lawa, hehehe. 






Seronok berjemur dekat sini, kami ke terminal untuk cari motor sewa. Sewa sehari RM30, deposit RM50 = RM80. Dapat skuter putih cute. Berbekalkan papan tanda, kami pusing-pusing cari stesyen minyak untuk isi minyak dulu sebelum nak ke Pantai Cenang. Mak cik dekat stesyen minyak pun ada bagi direction. Kami main bantai je, nama pun Langkawi, sesat pun tak mungkin sampai Kulim kan.Hehehe.. 


Sampai ke Pantai Cenang ikut jalan jauh, oklah tu. Sampai jugak kan, perut isi dulu di Subway. Itu pun sebab Kak Yu (kakak sorang lagi) bagi kupon. Dapat 2 set dengan harga RM15. Ternganga tengok Pantai Cenang. Dengan restoran fast food banyak, ada Cenang Mall lagi. Pantai Cenang dah berubah 100%. Kenyang perut nak mencari motel kami untuk check-in dulu. Kak Pah yang naik feri transport tu lambattt lagi. Nasib baik motel kami ni jauh sikit dari Pantai Cenang yang crowded sesangat ni sebab dia ke dalam sikit. Nampak jugak privacy dekat situ. Jadi kalau ada sesiapa nak cari hotel or motel bolehlah try Dhania Motel ni. Selesa biliknya, bilik air ada water heater, akses wifi pun ada. 


Jalan nak ke motel masih dalam contruction, bergegar nak motor skuter lalu ataih jalan ni. Hahaha! Disebabkan Kak Pah pun lambat lagi nak sampai, kami ambil angin dulu di Pantai Cenang. Jalan-jalan menyusuri pantai yang terlalu banyak 'ikan kering' bersidai. Dah macam pantai dekat Miami, ramai orang putih dok berjemur. Dah rasa macam tak best pulak. 



Tetiba teringat kapas muka lupa bawak, shampoo rambut pun tak ada, nasib baik ada Guardian dekat Cenang Mall tu. Senang shopping barang toiletries. Pukul 5 baru depa sampai, kami pun nak pecut ke Pekan Kuah untuk pulangkan balik skuter. Kali ni lalu ikut jalan pintas, pemandangan lagi lawa! Tambah dekat kawasan markas TLDM, memang pemandangan lagi cantik. 

Skuter dipulangkan pukul 7, akak kaunter dah call banyak kali. Dia risau katanya, sebab feri last pukul 7. Dia ingat kami mai sehari je sini. Hehehe.. Feri sini jalan awal, ramai jugak yang terlepas feri terakhir. So, pesanan di sini kalau nak naik feri, pastikan sampai setengah jam awal, sebab sebelum 15 minit dia dah loading untuk penumpang masuk. Tepat jam 7pm terus jalan. 

Malamnya kami makan di kedai makan asam pedas depan motel. Merajuk sebab kami dah nak makan di satu restoran ni, nak mention nama ke? Hahaha! Tapi restoran yang besar la jugak di sini. Makanan lambat sampai, kami dah suruh check dua kali, makanan tak sampai-sampai jugak. Malas nak tunggu, kami makan di tempat lain. Dah la perut lapar, bebai kami dibuatnya. 

DAY 2: Langkawi Skycab & Shell Out
Day 3: Bawa Kereta Sendiri ke Langkawi dengan Ro-Ro Ferry Services

5 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com