Wednesday, May 25, 2016

Kerana MLM, Sanggup Hilang Sahabat!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Cik Timm hari ni bangun tidur je rasa panas je ulu hati ni. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi sakit hati tu.

Ceritanya bermula apabila kawan lama mula contact Cik Timm dalam Whatsapp. Cik Timm pun dah lupa sejak bila Cik Timm berkawan dengan insan ni. Biasalah dulu bukan main aktif dengan media sosial. Cewi katakan..

Tapi kan, lain macam tau. Asyik nak ajak jumpa je. Macam tak menyempat. Dahlah Cik Timm ni kerja shif. badan penat, kekadang stress dengan kerja yang tak pernah habis.

Dipendekkan cerita, semalam Cik Timm bersetujulah nak jumpa. Sebab kononnya nak ajak Cik Timm pi makan dekat Boat Noodle. Siap nak datang ambik lagi. Wah, kita pun excited orang nak belanja makan. BELIAU tu pun bawak sorang lagi kawan perempuan dia. Apa salahnya kan, tengah-tengah bulan pulak. Hari ni pulak OFFDAY.

Dengan NOOBnyer, kami ke satu lokasi di area Menara H*A. Kawan BELIAU cakap ada barang tertinggal dekat Menara H*A tu. Si BELIAU tu pulak tengah cari parking kereta. Cik Timm dah mula KRIKRIKRIK. Hati ni dah mula tak sedap hati..

Kawan BELIAU bawak Cik Timm masuk office, dia tunjuk ada sijil-sijil KPDNKlah, lesen Perniagaanlah, ada Annual Month yang orang dapat hadiah..

Lepas tu kami naik ke Tingkat 2.

Sekali aku nampak orang dok bagi taklimat yang semacam je..

Cik Timm dah tepuk kepala, dalam hati dengan mulut ni memang maki semaki-makinya dalam HATI!

Orang sebelah, orang belakang, orang depan YA RABBI excited NAUZUBILLAH bila orang tu buat speech kat depan. Cik Timm dah rasa nak blah time tu jugak. Tapi kang, nanti nampak macam tak sopan pulak. Duduklah situ dengan muka NOOB blur..

Dalam hati Allah sahaja yang tau, berbakul-bakul DOSA Cik Timm semalam. Dah habis taklimat dalam pukul 10pm, perut Cik Timm laparlah pulak. Depa kenalkan Cik Timm dengan orang yang mungkin dah lama berkecimpung dengan bab-bab gini. Dia bawak Cik Timm round-round office, tunjuk jual barang apa dekat situ, ada siap Spa lagi, lepas tu tunjuk la ada beberapa manusia yang dah berjaya, orang tu siap bawak Hammer beb!

Cik Timm dah mula KRIKKRIKKRIK.

Habis pusing office, bawak pi Kedai Makan pulak. Dekat situ memang port depa rasanya. Ada sorang mamat NOOB baru join, dok tengok tengah isi borang. BELIAU tu duduklah semeja dengan Cik Timm. Cik Timm dah mula nak sound dia dah. 

"Saya dah bagitau awal-awal kan, saya tak suka benda-benda macam ni. Awak bawak saya tempat macam ni kenapa!?", Cik Timm dah mula nak sound dia ni dah.

Tetiba ada sorang mamat ni duduk sebelah Cik Timm mula nak membasuh Cik Timm. Tanya gaji, berapa duit bulan-bulan kasi family. Cik Timm tengah dok HANGAT hati. Ikut hati, nak kasi PELEMPANG je mamat ni. Dia cakap kerja Petronas dekat KLCC. Tapi, cakap pun macam orang terencat jer. Dia tunjuk slip gaji kerja, slip gaji join F****** lagi. Waulah amount dia kan, dekat 6K tu. Cik Timm pun dah mula perli, oklah dapat bagi famili rezeki yang HALAL.

Jam dah menginjak pukul 12pm. Cik Timm cakaplah Cik Timm kerja pagi esoknya. Tapi , depa ni macam tak ada tanda-tanda nak beransur pun. Telinga dah letih dengar benda yang Cik Timm memang tak berminat. Buat pertama kali Cik Timm dak dapat nak jado hipokrit langsung. Sebelum ni kerja, handle complain customers memang dengan hipokrit senyum comel. Malam semalam memang muka Cik Timm bengang sangat-sangat. 

Cik Timm Whatsapp staff suruh amik dekat situ, siap dah bagi Location bagai. Makin lama, makin sakit kepala stay lama-lama situ. Depa offer nak hantar Cik Timm balik, baru tanya, selesa ke Cik Timm lepak ramai-ramai macam tu. Gila LAME punya pertanyaan kau!

Kalau ikut hati yang kurang ajar, Cik Timm nak baling je duit dekat meja dan blah macam tu. Tapi, Cik Timm ni masih berperikemanusiaan. Biarlah, orang nak belanja minum kan. Cik Timm bagitau staff dah otw nak ambil Cik Timm balik. Muka Cik Timm time tu dah merah macam biji naga. Semua tengok Cik Timm macam takut je. Cik Timm cakap balik dulu. Terus Blah!

Sebelum balik, minta tolong staff bawak Cik Timm pi makan sat. Lapaq + tension. Pandai pulak kawan Cik Timm tu tanya, dah sampai rumah ke, ok je tak?

Terus Cik Timm call, free-free kena MAKI & cakap JANGAN CONTACT LAGI!

Pengajaran di sini,

Mungkin setiap kita ada minat masing-masing. Bagi golongan macam ni mungkin suka dengan cara mendapatkan rezeki cara ini. Yes, tak salah. Tapi mungkin cara itu yang salah. 

Btw, please respect orang lain. Dalam kes Cik Timm, Cik Timm sendiri dah bagitau, jangan nak kenalkan Cik Timm dengan benda macam ni. Cik Timm tak suka.

Lainlah kalau Cik Timm tak cakap, betul tak?

Kes semalam memang orang tu minta maki la kot, nasib baik tak bagi KAKI kan.

p/s: Jagalah selepas ni, kalau kawan lama ke, baru kenal ke, wat perangai spesies macam ni memang Cik Timm MAKI dulu kot.

13 comments:

  1. BERANINYA cik timm jumpa member tu sorang! Kalau eyja, dah ajak Man temankan eyja. Dan kalau eyja, memang kena basuh dah depa tu. Kuajaq betui dok paksa oqang cemtu. Patutnya tanyalah cik timm, cik timm ok ke lepak reramai dengan kawan dia. Pungkoq punya peqangai! (aku pulak emo lebih) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati ejya oii, cik timm dah gtau awal-awal, klau nk jmpa sebb MLM ke, apa ke, Cik tImm tak berminat..memang semlm org tu yg mintak la kan..

      Delete
  2. nampak la dengan twitter semalam..tapi tak berani nak reply, tau orang tengah angin..annoying sebab tak terus-terang kan..dah tak memasal hilang kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu dh mrah gila2 xtau nk lepas mcamana..klu dekt fb bhya pulak semua bca, tu dlm twitter jer tu..huhu..

      Delete
  3. sabar ye cik Timm huhu..tak baik deme tipun orang camtu kan..kalau saya dah blah jer kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik timm pun lupa sebelum blah, patutnya tibai dulu roti kosong 2 keping ke, nasi briyani ke..haha!

      Delete
  4. Kita pun x suka d pksa2...sbr ya tim

    ReplyDelete
  5. Huuu... garangnye . Cik timm nie...

    ReplyDelete
  6. same to me..TAK SUKA...kat opis ni pun ada malas nak layan sbb dah pernah terkena huhuh

    ReplyDelete
  7. tu br kwn yg hlg ahli keluarga pn ada..

    ReplyDelete
  8. sy pun dh kena mcm cik timm, tp bezanya sy kena basuh dri org bwh smpai org ats slama 2 hri...nk jaga hati kwn punya psl, hati kita plak sakit...hri 1st diaorg blanja tngok wayang, hari ke -2 bru start basuh haha...smpai lwt mlm plak tu....brgilir2...pg esoknya leader besar pulak yg basuh, sorg tahfiz, dn siap bg fatwa join mlm adlah harus...balik bengang ja ngan kwn

    ReplyDelete
  9. uuuuish seramnya.. dahla lama x contact tetiba menjelma buat gitu plak..
    isk.. biarla x seberapa pun gaji.. janji kita brusaha cara betol..

    ReplyDelete
  10. Tb2 rasa panas je bc entry ni
    Cik kumbang pun ada jg kwn mcm ni
    Mesej ajak jumpa
    Pdhal dah lama lost contact
    Dah dpt hidu niat asl beliau so biar je mesej dia x reply keh3

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com