Saturday, May 21, 2016

Bridesmaid? Layakkah Aku..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh: 14 Mei 2016, Sabtu
Lokasi: Dewan Putra Kulim
Event: Majlis Perkahwinan Mas & Fuad

Bayangkan Cik Timm sanggup ambil cuti sehari sahaja semata-mata untuk ke majlis perkahwinan beliau ni. Bukannya apa, dah berjanji. Kesian kawan tu dah excited tempah baju, tudung, ..

Selepas Cik Timm balik kerja, terus ke TBS ambil bas yang paling cepat ke Kulim. Walaupun bas paling cepat, disebabkan banyak betul dia berhenti. Sangat lewat Cik Timm sampai, pukul 3 am! Cantik sangatlah tu, TBS - kULIM, 7:30 - 3 AM..

Esok paginya, mata dah mula macam panda..
Pukul 1.30pm baru CT ke dewan kenduri. Dengan jubahnya, shawlnya, selamba badak CT naik moto Kriss. Pelik je orang ushar-ushar gadis ayu muslimah merempit. Haih..
Dekat sana baru jumpa dengan 4 orang lagi bridesmaid. Itulah ceritanya excited kena balik jugak untuk ke kenduri sebab dah jadi bridesmaid. Hahaha!
Sepatutnya ada 7 orang bridesmaid, tapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielak, tinggal kami ber-5 saja. Photoshoot pun tak semua ada, indoor pulak tinggal 3 orang sahaja.
Pengantin bergambar, kami pun sakan dok berselfie. Nasib baiklah sebelah Dewan Putra Kulim punya scene cantik, untuk outdoor photoshoot kami ke sebelah je. Dekat dan cepat kerja siap. Jadilah lighting girl CT kat situ. Tolong abg Shyfull photographer tu, lepas ni kalau nak guna pakej abg Shyfull dapat murah lanie. *gelak jahat, huahuahua
Suka sangat dengan jubah yang Mas pilih ni, betul-betul ngam dan cantik flowy, tak jarang pulak tu. Punya dahsyat sampai boleh bawak baik motor tau!
Dah petang dalam pukul 6pm, selesai photoshoot, dah siap teman pengantin semua. CT pun beransur pulang. Sebelum balik, singgah Kulim Landmark Central dulu cari barang dapur sikit. Memang WAULAH CT berjubah gitu bershopping di Giant. Muslimah sangat masa tu, hahaha!!
Esok pagi, CT terus bertolak ke KL, sebab CT kerja shif petang T__T
Sanggup kan..kawan punya pasal..

TAHNIAH MAS!
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR USIA!
Terima kasih untuk semua pengalaman manis kita di Secret Recipe dulu!

4 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com