Kali ini aku ditag oleh seorang lagi blogger Khamsi Abdullah.Terima kasih tag!
1. Kenapa anda berblog?
Timm suka berblog sebab suka berkongsi suka duka seorang pelajar yang merantau di bumi Sarawak.
2. Sudah berapa lama anda berblog?
Berblog dari Mac 2011, kiranya dah 3 tahun berblog. Alhamdulillah..
3. Anda rasa anda berblog sampai bila?
Rasanya apabila dah bergraduat terus nak stop berblog kot..masih dalam perancangan..Siapa setuju Timm stop berblog angkat kaki! *
hehehe
4. Anda pelajar ataupun bekerja?
Masih lagi memegang title student..
5. Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur?. Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Timm tak tinggal di Kuala Lumpur, tapi mak abang ipar tinggal disana. Kuala Lumpur kan ibu negara Malaysia, secara realitinya kalau hidup di sana agak senang sebab semua urusan sentiasa di Kuala Lumpur. Kawan-kawan timm dari sana pun semua balik-baik, tak tau kenapa dalam cerita atau filem orang-orang KL dilabel sebagai rosak/jahat/sosial??
6. Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
Buku motivasi
Kahwin Pada Usia Muda! Timm punya pemikiran tentang perkahwinan terus bertukar dari negatif ke positif. Lagipun timm dibesarkan dalam keluarga yang semua adik-beradik kahwin lambat. Jadi, timm agak kurang berminat+tak tahu langsung tentang alam perkahwinan..
7. Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Filem 2012. Walaupun cerita dia agak merapu, tapi kita sebagai Muslim memang tahu yang satu hari nanti dunia kita akan hancur yakni, Hari Kiamat. Sekurang-kurangnya dapat jugak insaf dan diambil nilai positif dari cerita tu..
8. Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
Seni eh..? Timm suka
seni vokal kot. Sebab zaman sekolah dulu rajin masuk pertandingan nyanyian. Dah masuk universiti, timm tolong kawan-kawan jurusan musik untuk jadi vokalis..
9. Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Timm dah selesai membayar PTPTN, dah ada kerja, & mungkin dah ada buah hati kot? HAHAHA!! Amin..
10. Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Pencapaian yang paling besar ialah
ditauliahkan menjadi Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM).
11. Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?
Kepada blogger Khamsi Abdullah dan rakan-rakan blogger lain, keep up blogging! Marilah kita bersama-sama memeriahkan dunia blog dengan info yang berguna sambil menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain supaya masing-masing dapat mengumpul pahala!
Disebabkan aku agak busy dengan assignment dan urusan lain dihujung semester, tak dapatlah nak bertag-tag dengan blogger lain untuk The Liebster Awards ni. Minta maaf ya..
Happy Monday guys!