Wednesday, September 12, 2012

Tahun 3 Yang Blur



Hari ni ada kelas Bahasa Melayu di CLS (Centre of Language Studies). Kalau nak ke laman web rasmi CLS [KLIK SINI]. Kelakar pulak, sudah tahun 3, baru pertama kali aku jejakkan kaki di bangunan ni. Sebelum ni sibuk dengan subjek teras, pusing-pusing fakulti saja. 

Pening nak cari kelas dekat mana, gagahkan diri ke tingkat 3 untuk ke Kaunter Pertanyaan! Aduhai, kenapalah kaunter macam tu perlu situated dekat atas sekali. Lif pun tiada, jogging-jogging turunkan lemak.

Nasib baik, lecturernya Puan Dayang Sariah tak marah masuk kelas lambat sebab sebelum tu aku ada perjumpaan dengan Ketua Jabatan Akuatik untuk sedikit taklimat Final Year Project. Kecutnya perut, banyak benda kena fikir dan perlu dibereskan. 

Habis saja kelas BM, nak keluar dari Bilik Seminar tu punya la jam. Kalau betul pun excited nak masuk kelas awal, silalah berikan laluan kepada kami keluar dulu. Bilik seminar ni tak lari mana pun. Tiba-tiba! PAP! Jumpa seseorang yang telah mencabut keluar jantung aku dengan kata-kata manisnya dulu. Cerita lama ni, macam nak pengsan pulak bila terpandang wajahnya yang bening konon-konon tak nampak aku. Tak nampak la kot?

Adakah begini perasaan yang hampa rasa bila terserempak dengan seseorang yang pernah bertakhta di hati, dan beliau juga yang menghancurkan sekeping hati yang kecik tu? 

Terjiwang pulak di sini....(sila sediakan baldi untuk muntah na). Lagu dekat Hot fm ni pun menyakitkan lagi hati ni. Carta Ulat Buku ni lagu jiwang-jiwang seh. Sudah, sudah. Orang tak sudi tak payah la nak menggedik kan? The most important thing was, I am happy to be like this.


Perkara penting yang perlu difikirkan semester ini ialah, SILA NAIKKAN POINTER ANDA!! HANG TU DAH TAHUN 3, NAK HABEH DAH POWN. TOKSAH DOK PIKIAQ BENDA-BENDA LAEN NA!
Baiklah..

GAMBATE-GAMBATE-GAMBATE!

Selain tu, kepada student UNIMAS, 18 September ni ada pelancaran Kad Siswa 1Malaysia bertempat di Student Pavillion, pukul 9.30 pagi. Sesiapa yang nak jadi 160 student pertama yang dapat kad tu boleh lah join dengan menghantar nama hampa ke zurayafauzi@gmail.com
Selamat malam semua dan thank you for lending your eyes to read this..KEH-KEH-KEH

7 comments:

  1. haha
    Aku agak perasaan kau pun mcm maid yg tengah berjoget tu xD
    hampir tamat study dh tu.. berusaha sikit lagi! ^^

    ReplyDelete
  2. goodluck :D buang yg keruh ambik y jernih

    ReplyDelete
  3. unimas besar yuu..aritu boleh plak aku sesat carik kat mane pusat pentadbiran..sebab nak anta pemohonan kerje.. hahaha.. boleh pulak sesat kat fakulti kejuruteraan..bangang tol bila ingat balik.. entah pape la yg bagi direction kat aku..

    ReplyDelete
  4. momo : biasa la tu.dlu2 pun rsa cmtu.dah lama2 pusing2 pon kat situ jugak..hu3..

    ReplyDelete
  5. pn. dyg sariah best wokkk..!

    ReplyDelete
  6. mcm ku kenal je anonymous nieyhhhhh........

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com