Sunday, September 16, 2012

Bershopping Di Sempadan Indonesia

Sempena hujung minggu yang agak lapang, aku n kakak-kakak housemate nak keluar shopping bantal. Sebab, semester ni bantal tidak disediakan +_=. Kesian spongebob aku sampai jadi penyet n kepek sebab asyik kena buli jadi bantal. Minta maaf sayangku. 

Destinasi : Serikin, Bau (berdekatan dengan sempadan Kalimantan Barat).
Anggaran masa dari UNIMAS - Serikin : 2 jam
Jumlah anggota : 12 orang
Kenderaan : 1 Satria, 1 Persona
Masa bertolak : 12pm (geram betul sebab kereta sewa lambat..)

Pemandu berwibawa, Kak Etty!
1 kereta menempatkan 6 orang. Bayangkanlah satria comel yang ada 2 pintu mampu memuatkan 6 orang. Kecik dan comel pulak kami ni. 

Jalan sedang dibaik pulih, penuh batu-batu tajam. Alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku ..
Kami sampai dalam pukul 2. Sangatlah panas, orang semua nak balik, kami baru nak pi. Sepatutnya pun kalau nak ke Pasar Serikin ni kena mai awai pagi. Baru tak hangat + hangit. Solat Zohor pun di stesyen minyak Petronas.

Banyak barang yang kita boleh dapat, ada yang buatan Sarawak, ada yang buatan Indonesia. Baju, kain, langsir, beg, kasut, kerepek, telekung, tikar buluh, etc..... Pendek kata, sapa yang mai Sarawak ni selalu mai shopping sini. Rugi tak mai. Macam-Macam Ada!

Antaranya :
Frame kulit bertulisan bacaan ayat-ayat Yasin, etc..

Dok mengorat pak cik dari Indonesia, sesi tawar menawar beg..akhirnya mengalah jugak..hik3..
Tujuan utama untuk membeli bantai!
Skuad peninjau..
Skuad pengikut je. He..
Selepas selesai dapat barang, kami terus ke Kuching, menuju ke Masjid Kuching di Waterfront untuk menunaikan solat Asar.

Bershopping, bershopping jugak, Kak Tasha berposing depan Masjid.
Perut mula berkeroncong dondang sayang, macam-macam muzik yang terzahir di situ. 

Destinasi : Tom Yam Goong
Menu : Nasi kosong, tomyam campur n telur dadar. Sentiasa teh o peng limau (teh o ais limau)  menjadi kegemaran aku.
Nyum-Nyum..!


Muka gembira sebab perut akhirnya dapat diisi. Dah la Kak Hajar dengan Kak Gee puasa. Larat pulak depa nak ikut pi Serikin. Waktu makan sangatlah dahsyat sebab masing-masing tak tengok kiri kanan. Asyik menyuap, menghirup tomyamnya yang Kaww! Kalau nak tau memang restoran ni agak famous di kalangan orang sini, tambah-tambah di Satok. 

Maaf kakakku, gelap pulak..
Selepas kenyang perut, singgah ke Masjid Kuching untuk solat Maghrib n Isyak. Pak cik guard sampai dah kenai, siap kirim salam lagi. Mana taknya, muka yang sama mai dalam hari yang sama. 

Destinasi seterusnya : Parkson, The Spring.
Tujuan : Kak Sikin nak beli dapur elektrik. Alih-alih ramai pulak yang shopping. Rupa-rupanya ramai student UNIMAS kerja part-time situ sementara tunggu graduation. Hik-Hik-Hik..

Sampai UNIMAS pukul 10 lebih. Akhirnya dapat mandi n berehat.

Hasil shopping = RM34 sahaja..
Penat. Nak tidoq.. ZzZz..



10 comments:

  1. lama dah tak hang out ngn membe2

    ReplyDelete
  2. lepas ni timah jadik pemandu pelancong sya n q ok? hehe

    ReplyDelete
  3. @bella : alala, bz ya..
    @sya : i'allah..he3..buleyh2..lagi sesat la hampa dua..

    ReplyDelete
  4. Datang mencelah..heheheh
    Salam kenal
    Datang menjemput join segmen saya :
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
    Kini penyertaan 102 orang !!!
    Jom blogwalking dan tambah follower!!

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2...eca nak sgt p serikin tu.......

    ReplyDelete
  6. @hanif : i'allah..
    @eca : sila la..jom2..ni bru kali ke-2 sye pegi..

    ReplyDelete
  7. best tau zaman belajar....weee

    ReplyDelete
  8. @zila : betul3..time ni la nak grab semua peluang yg ada..

    ReplyDelete
  9. bestnya jalan2 kan ..sambil menyelam minum air skali..hihi

    tempat ni lebey kurang macam pergi wang kelian.sempadan perlis dengan thailand kat Satun :D

    ReplyDelete
  10. @qasehnyarania: he3, wang kelian xpenah g lagi..he3..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com