Friday, July 06, 2012

Nisfu Syaaban

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadan. 4 Julai = 14 Syaaban.

Maksud Syaaban :
Syaaban bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Rasulullah S.A.W yang mengekalkan nama itu kerana masyarakat Quraish pada masa itu berpecah kepada kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Baginda juga ada menyebut tentang kelebihan bulan Syaaban dalam hadisnya. Antara hadisnya yang paling mahsyur ;

"Dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."

Maksud Malam Nisfu Syaaban :
Nisfu bermaksud setengah. Nisfu Syaaban bermakna setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban ialah malam ke-15 Syaaban. Secara detailnya, siangnya 14 Syaaban. 

Fadhilat Bulan Syaaban :
  • memperbanyakkan puasa sunat
  • memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W
  • bertaubat
Selain itu, hari ini juga dimana buku catatan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan yang pertama akan dicatat bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Kredit kepada [klik sini] sebab memberi info yang berguna ni!


Satu lagi info yang aku dapat dari [klik sini] ialah berkenaan hukum puasa selepas Nisfu Syaaban. Baru aku tau yang hukumnya haram! Ini kerana ada hadis Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa"
[ HR At-Tirmidzi]

Namun begitu, hukum pengharamannya terkecuali di atas beberapa sebab. Antaranya,

1. Puasa sunat yang disambungkan dengan hari-hari yang berada di nisfu pertama.

Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari seterusnya. Tetapi, katakanlah dia sudah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 19 Syaaban sebab uzur atau tidak, maka dia tidak boleh berpuasa pada 20 Syaaban dan hari-hari yang seterusnya sehingga bulan Ramadan.

2. Puasa sunat yang terlah menjadi rutin amalan harian.
Contohnya, jika seseorang itu mempunyai kebiasaan untuk berpuasa sunat pada setiap hari Isnin. Maka dibolehkan dia meneruskan puasanya itu.

3. Puasa qadha.
Bagi yang masih belum menghabiskan puasa ganti dibolehkan juga.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya dilakukan dengan tidak sengaja tidak tahu hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu bulan Syaaban.
Maksudnya, katakanlah dia nak berpuasa nazar pada hari Khamis minggu depan. Tapi, dia tak tahu minggu depan Nisfu Syaaban. Puasa nazarnya dikira sah, kalau dia tau, maka puasa nazarnya tidak sah. =)

Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama =)

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com