Friday, April 06, 2012

SEsi Lab aQUATIC BOtANY

Makmal Mikroskop 10
Minggu lepas sepatutnya ada makmal. Tapi, batal pula, minggu ni ada. Bermaksud bertambahlah kerja pada cuti semester ini. Bermaksud bertambahlah meluat sebab ada Latihan Berterusan cuti selama seminggu ni. Stresssss.....Betul, aku tak ada hati langsung nak masuk latihan sebab banyak sangat assignment! Of course la jugak sebab ada orang yang aku tak suka. Terima kasih.


Menunggu classmate yang "otw"..
Baik, hari ini aku nak ajar cara-cara nak guna slide dengan betul. Cewah, macam pro..

1) Titikkan setitik sampel air di atas 'glass slide'. Letak secukup rasa, kita tak mau dia melimpah bila kita letak 'glass cover'.

2) Yang ni paling tricky bila letak glass cover. Kita tak nak ada 'gas bubble' dalam tu. Sebab nanti susah nak tengok spesimen.
Tangan kiri tekan hujung glass slide, tangan kanan pegang glass slide..
3) Dengan perlahan-lahan menggunakan tangan kanan, jatuhkan glass slide atas sampel air tu. Lepas tu kalau ada sisa-sisa air tepi tu, guna la tisu lapkan sikit. Dah siap!

Bolehlah tengok bawah 'light microscope'.


Pastikan guna lens yang paling rendah dulu..
Antara spesies 'plankton' yang dapat..
Lepas tu, Prof bagi sampel air dari tasik unimas. Segar lagi, semua masih hidup. Lagi banyak benda 'phytoplankton' dalam tu. Lagi enjoy tengok!



Berpinau + juling mata tengok mikroskop lama-lama. Adoi..makmal pula dari pukul 9-12pm..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com