Monday, March 05, 2012

SENTIMENTAL VALUE 2 ME

Kamera AXUS kesayangan aku sudah ada porch bag baru. Warna merah lagi, alang-alang ke Wisma Saberkas, pastu pusing-pusing CompuWay carik la gadget-gadget yang tak da+dah rosak.

USB yang ada 4 tempat cucuk, yang lama dah rosak..
Porch bag camera yang lama
Tengok! Dah koyak!

Porch bag baghu

Selepas ni, aku TAK AKAN BAGI PINJAM CAMERA aku dekat sesiapa pun. Maaflah kalau lepas ni aku jadi kedekut taik idung masin. Beg tu rosak bukan sebab aku pun. ^%$^$^$%$%*%#@!!!!
Astagfirullah..sabar-sabar..

Aku nak highlightkan story hari ini pasal sentimental value. Dalam hidup koghang semua mesti ada benda yang paling koghang sayang sebab ada sentimental value kan. Sama jugak macam aku. Aku sayang sangat-sangat dengan camera+everything aksesori dia sebab, ni benda pertama aku beli gadget dengan abang aku. Abang yang paling aku sayang sangat-sangat. Bukan 'abang' ni ok. Abang kandung aku sendiri.

Waktu aku beli camera ni, abang aku la recommand beli Canon.
1- jenama paling bagus di Malaysia
2- senang cari sparepart kalau rosak
3- butang fungsi yang simple + senang
4- gambar cantik macam DSLR (CEWAHH)

Masa aku beli camera ni waktu lepas raya di Pacific. Ada jualan murah sebab nak habiskan stok. Kalau ikut harga Canon Axus ni RM700+. Aku dapat dalam RM500-. Aku nak sangat-sangat sebab nak guna untuk pi field trip,senang nak buat gheja. Lepas tu, aku nyaris-nyaris pengsan sebab tak makan. Mulut dah putih, muka dah pucat, berpeluh-peluh. Nasib baik abang aku ada. Waktu tu aku baru dapat rasa yang abang aku sayang sangat-sangat dekat satu-satunya adik dia ni.

Kalau nak tau, lepas porch bag aku tu rosak, aku menangis teresak-esak sebab sedih. Tak tau kenapa, aku rasa rindu sangat-sangat dekat abang aku. Aku rasa macam aku dah rosakkan benda yang dia bagi. Alhamdulillah camera aku tak rosak, cuma beg saja. Tu pun aku dah teriak macam oghang mati laki..


Wah! Teremo pulak waktu aku tulih entry ni. Aduhai, rindunya Bang Cik. Mungkin bagi oghang laen cakap, "Alahai, setakat rosak benda kecik tu pun nak emo lebih-lebih", atau bagi dia "Alah, setakat benda koyak yang murah tu pun nak bising-bising". Fine, aku tak nafikan benda tu memang nampak tak ada nilai. Tapi, bagi AKU..benda tu sangat-sangat penting n menyentuh hati aku. Semuanya sebab abang aku. Cuma aku n family saja yang tau kisah di sebalik abang aku. Sebelum aku teqiak lagi terok, eloklah aku stop sampai sini..

My brother..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com