Tuesday, March 27, 2012

MANGROVE N ESTUARINE FIELD TRIP AT SADONG JAYA

Fuhh, lama aku tak update ceghita bawu kan. Nak buat lagu mana, broadband aka BEROKBAND aku kak aku tak bayaq lagi. Takpa-takpa, line wifi ni banyak. Cuma aku penat bawak lappy ni macam bawak bagpack ja.

Hujung minggu lepas, aku dengan cosmate memulakan adventure dengan masuk dalam hutan paya bakau di Sungai Sadong, Sadong Jaya. Semuanya untuk subjek Mangrove n Estuarine Ecology. Perjalanan dari UNIMAS ke sana mengambil masa 1 jam. Paling adventure aku rasa waktu hari Sabtu. Nak tau sebab apa.... ni semua gara-gara bas yang sangat kejam n ganas dekat penumpang belakang. Bayangkan, kerusi dah tercabut dari kerusi, lepaih tu, jalan berbonggol-bonggol n laju...kesimpulannya, terbang melayang ja kami dekat belakang tu. Balik saja, aku memang muntah la jugak..

Sabtu, 24 Mac 2012 :
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Masing-masing ada kumpulan sendiri. Menu hari ini, sarapan pagi, sandwich tuna+cheese Kak Maz n Aimi buat. Menu makan tengahari, nasi goreng dari aku. Pehh, gilo, lama gila aku tak masak, akhirnya pegang kuali dengan senduk jugak demi field trip..

gadis-gadis melayu yang bakal mencomotkan diri..
jambatan untuk ke seberang..
pakat-pakat dok bubuh losyen xmau kena nyamuk..
cameraman with baldi!
Laluan berbatu yang menyakitkan kaki, macam refleksologi..
Prof Shabdin bagi taklimat serba ringkas..
Jalan yang terlalu dahsyat..
Terpaksa guna jalan dari kumpulan lain sebab terlalu dahsyat.
p/s : kumpulan aku semua pompuan, dasat la Encik Azlan nak jaga kami..

Rehat sebentar bila dah jumpa check point..
Sky dok cek GPS, bukan handphone tau..
 GPS : Global Positioning System
Kegunaan : penting untuk tunjukkan kedudukan kita dalam hutan tu..

Teropong sampai 50 meter..
p/s : bukan sebarang teropong, tapi range finder..
 Range Finder
Kegunaan : untuk mengukur jarak dari objek yang kita mahu..

Mencari sampel..
p/s : sampai sekarang aku geram tak dapat tangkap ikan belacak..
frame?? bukan...quadrate..
Quadrate
Kegunaan : dapat mengira 'species diversity' di sesuatu kawasan

the last station..

at last!! i can see da light!!
Sesi mencuci lumpur... 
Seghonoknya sapa yang duduk sini..
Empangan..


Keluarga akuatik..
Paling tak boleh lupa, kumpulan aku terbahagi dua. Aku yang tertinggal dipimpin Puan Liza (YO Palapes Darat), kami pulak yang sampai awai n tak sesat. 1 geng yang depan kami dah tersesat ntah ke mana. Nasib baik jumpa jugak dekat station terakhir. Aduhai..pastu kumpulan aku 2 oghang kena sengat penyengat. Aduhai..

Singgah di kedai makan..
Nasi goreng buatan tangan aku..
p/s : macam tak percaya..
Balik dalam keadaan yang sangat-sangat teruk sebab bas aircond lambat untuk berfungsi. Dah macam duduk dalam microwave sudah. Astaga..bagusnya pakcik bas ni hantaq semua balik. Sampai ke Everise tu pun dia hantaq. Aku ni dekat Depo bas sajalah..

Ahad, 25 Mac 2012 :

Pengembaraan untuh hari kedua bermula. Menu sarapan, sandwich lagi. Makan tengahari, nasi lemak! Yeah! Kak Mas n Aimi buat. Aku memang tak pandai sebab tak pernah buat.

Untuk hari kedua, Prof Othman Bojo (supervisor aka daddy) yang ikut kami. Hari kedua ni agak tidak memenatkan sangat sebab dah tau jalan kan. Cuma kali ni kami kena study pasai pokok di sepanjang hutan paya bakau tu.

Sempat lagi Mira dandan rambut Ell (baju biru)..
Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya dekat aje, depan kedai makan..
Pokok nipah

Gila, asik kena cucuk dengan pokok ni.
p/s : naseb baek aku pakai tight
kepada wanita di luar sana, tight dipakai DIDALAM, bukan DILUAR!!
En. Richard dalam sut peach, cam dok control macho ja..
Sibok je kumpulan len dok masuk gambaq..

Da Chomot Gurlzz..
Balik hari terakhir ni awal sebab pakat-pakat tak mau makan dulu, nak balik cepat. Sedangkan aku dah kebulur sangat-sangat. Sabaq sajalah. Sangat selesa sebab aku tak duduk belakang bas lagi. Tapi, tiba-tiba dalam perjalanan bas nak hantaq depa yang duduk Everise, bas mati dekat round-about depan The Summer yang baru nak buat tu. Aduhai, takda maknanya. Geng-geng yang duduk Kolej Kenanga turun n balik jalan kaki. Dah la kami dengan seluar kotor, Mai pulak bawak topi yang menampakkan kami ni macam pekerja kontraktor dekat The Summer tu. Dah la sampai kolej ja, depa geng-geng palapes ni dok tengah ada kelas dekat cafe tu. MALUNYA!! Stress...

Tmah In Boots...
Kepala pening-pening, malam tu  turun jugak untuk makan. Tapi..ada ceghita pulak yang jadi..terlalu sensitif nak ceghita. Pastinya, pertama kali dalam hidup tunggu makan malam paling lambat..ermm..perlukah intermediatte bertukar ghupa?? 

Kenangan yang membawa banyak pengalaman dalam hidup..(0__O)

I LOVE FIELD TRIP TO SADONG JAYA!!!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com