1. KAKI KELENTONG
Banyak pulak alasan dia kalau nak pi sana, nak pi sini. Kata ada discussion konon. Tengok-tengok duduk dengan awek laen. Tak pun jumpa berpeleseran dengan awek laen.
2. KAKI AYAT
Pehh, lagi tak boleh blah yang ni. Mula-mula nak mengayat, ayat power gila. Ada yang sanggup menitiskan aiq mata sebab tak dapat pujuk wanita malang tersebut untuk menjadi kekasihnya. Gilo..Kalau merajuk pulak, menangis dekat kita, memang dasar aiq mata Crocodylus Porosus aka buaya.
3.KAKI PEREMPUAN
Aduhai, hidup dia memang sentiasa di kelilingi perempuan. Tak boleh hidup tanpa perempuan. Sekadar nak pi topup RM3 dekat kedai yang 0.002M pun akan ada perempuan teman. Tambah-tambah la awek, sebab depa ni walaupun status sudah "in relationship" masih jugak ada "back-up" dia. Oghang lanie kata skandal. Perempuan tu pun sama ngeng sebab kadang-kadang dah tau laki tu ada awek, dok merenyih jugak. Lagi 1, kadang-kadang semester ni kita tengok dia dengan minah S, semester depan minah F pulak Fuyoohh!! Hensem sangat ka mamat tu?? Dak pun...
4. KAKI CEMBURU
Cemburu tu tandanya sayang. Tapi, agak-agak la nak cemburu pun. Takkan lah nak keluaq dengan kawan-kawan yang ramai bercampuq laki perempuan pun tak boleh. Tambah-tambah kalau perempuan yang sentiasa hidup dengan kawan-kawan rapat macam aku. Aku sentiasa dengan kawan-kawan skuad aku. Tak kira lelaki atau perempuan, sebab masing-masing susah senang bersama-sama alam hutan, dalam latihan. Jadi, kepada lelaki di luaq sana, tok sah la nak cemburu buta sangat. Perempuan ni pun macam lelaki jugak. Kawan-kawan memang ramai, tapi marka dia soghang saja.
5. KAKI MULUT TEMPAYAN
Huh, mesti pelik kan. Meh nak habaq, "species" ni pulak jenis suka bercerita. Macam mami jarum, tapi bukan dok cucuk oghang sana sini. Contohnya, kata la mamat H ni ada masalah dengan marka dia. Senang-senang ja dia pi cerita sana sini marka dia lagu tu, marka dia lagu ni. Aduih, ada jugak kan lelaki jenis lagu ni. Jangan terkejut! Kalau nama hampa buruk sebab lelaki jenis lagu ni. Kesian wanita yang malang tu. Terjejas reputasi anda.
6. KAKI BLUE
Lelaki lagu ni, baik wanita di luar sana tinggai teroih. Bahaya cek oii..Baru berpacaran setahun, dah mula seluk sana sini. Bahaya, kalau lelaki tu betoi-betoi ikhlas, dia tak kan ambik benda yang bukan hak dia. Tapi ada jugak yang baguih, lepaih dia ter"lanjur", dia sanggup bertanggungjawab akan jaga perempuan tu sampai mati. Aku respect mamat yang macam ni. Tapi, dalam 100 oghang, 1 saja kot.
7. KAKI KIKIS
Sentiasa ada ayat-ayat manis. Lepas tu nak pinjam seringgit dua, akhirnya jadi beratus dua. Aku tak tau sangat ciri-ciri yang ni sebab selama aku bernyawa 20 taun ni, tak pernah lagi aku jumpa. Ada pun aku tak tau sama ada depa ni jenis lagu tu ka? Bukan.. Harap-harap dak kot.. Tapi selalunya, mula-mula depa bagi semua yang perempuan tu nak, lepaih perempuan tu percaya. Misi "kikis"an akan bermula.
8. KAKI BUSUK
Yang ni memang terok lanie. Basuhlah kasut anda dan tukarlah stoking setiap hari.... =)
Jangan marah no, ni sekadar nak hilangkan kebosanan aku yang dok tengah study. Jangan risau sesetengah saja lelaki luaq sana lagu tu. Ada lagi yang baguih sebab..kalau lelaki tu semua terok, macamana kita dapat lahir ke dunia ni. SAYANGILAH AYAH ANDA!
Minggu depan aku ada "mid term exam".
ISNIN - aquatic botany n aquaculture
SELASA - mangrove n estuaries ecology
DO THE BEST!!
No comments:
Post a Comment
I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.
Tengs for dropping your idea!