Emm, suppose aku cuti rini, nak wat kue raya ngan abg aku. tapi. kna keja ler. ganti pekerja yg nak cuti rini. xpe la. im ok. naseb la aku berbuka ngn bezfren aku kat Pizza Hut.
Bila aku bukak balik laptop aku, hati aku x senang pulak bila ex aku antr chat "selamat berbuka". bawu tadi aku kutuk2 dia ngn ngn kengkawan aku. klu ikot perkiraan aku, dia ni pakwe aku yg ke-3. CEWAH! ingat 2. hehe. aku sentiasa ingat.
Tiba2 aku nak cer lak pasai dia, klu kowang sudi nak baca, sila2lah baca yer. klu bowing ttup jer.
Aku sudah mengenali insan yg bergelar F ni sejak dr tingkatan 1 lagi. kami 1 kelas. dulu, waktu zaman sekolh aku x pernah rapat dgn dia. tapi, sejak2 dia berpindah ke AFATS (macam akademi tentera) lepas PMR, aku selalu jugak berhubung dgn dia melalui SMS.
Sesampainya aku di zaman matrikulasi, kami masih berhubung. SMSnya sudah berbaur perasaan. sampai aku terhanyut dan menerimanya utk mnjadi kekasih aku. aku mula mendgr cer2 yg kurang baik mengenainya. kawan lama aku da bagitaw yg dia tinggalkn kwannya semata2 utk bersama aku. aku mula memikirkn yg dia seorg yg kejam. namun, perasaan yg aku rasa ni lenyap selepas aku dpt taw kekasih lama yg ditinggalknnya mempunyai kekasih bawu. bagiku, itu sebab F meninggalkannya.
Hari berganti hari sehingga aku menghabiskan zaman matrikulasi selama setahun di Perlis. aku mula menyedari F dan aku makin jauh. kami mula jarang berhubung. aku mula sangsi akan kejujurannya. calon lepasan matrikulasi mula mengisi UPU. aku bertekad utk lari jauh darinya krn aku x tahan lagi dgn apa yg terjadi padaku.
Tawaran utk melanjutkn pelajaran di Sarawak merupakn perkara terbaek yg terjdi padaku. keluargaku juga tidak mmbantah pemergianku. seminggu aku tinggal di sana membuatkn aku lupa masalahku. namun, aku tetap berhubung dgnnya walaupun setiap kali aku call, dia akan tertidur mendengar celotehku.
Hubungan ini x patot diteruskan lagi.aku bertekad utk selesaikn masalahku. putus merupakan jalan terbaik bgi kami. dia juga seperti merelakan, mungkin dlm hatinya, dia menjerit kegembiraan. aku di Sarawak menangis kepiluan. aku memberitahu rakan baikku yg merupakan rakan kpdanya juga. rupanya, sudah lama dia sudah tahu mengenai F yg sudah mempunyai buah hati. sakitnya hatiku mengetahui aku hanyalah boneka lelaki yg kesepian kerana buah hatinya melanjutkan pelajaran di luar negara. remuk hatiku. aku seperti mahu rebah ke tanah apabila kebenaran ini sampai di pengetahuanku.
Kadang2 kami masih berhubung sekali sekala. bgiku hubungan persahabatn yg lama terbina tidak patut lupus kerana mainan perasaan. namun, aku mula membencinya kembali apabila dia menghantar SMS yg mengatakan dia masih sayangkan aku. dia juga sedar aku sengaja melarikan diri ke Sarawak kerananya. bagiku, F seorg yg sangat kejam krn sanggup mempermainkn perasaan wanita yg tulus mencintainya. F, cukuplah seksaan yg kau lakukan padaku. Semoga kau berbahagia bersamA wanita yang kau cintai. Jgnlah kau sia2knnya seperti mana yg kau lakukan pada aku dulu. SELAMAT TINGGAL..
No comments:
Post a Comment
I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.
Tengs for dropping your idea!