Monday, July 04, 2011

Fort Cornwallis

Salam N Selamat Sejahtera

Ahad lepas aku pusing2 Penang dgn my kuli yang sudi jadi pemandu pelancong
syok juga..
lagipun, lama juga aku tak pusing penang, slalu g airport je
kecian, nama je org Kulim..

Tempat yang menarik yang aku pegi..
FORT CORNWALLIS
tempat ni dibina oleh Kapten Francis Light bila dia sampai Penang..

Pintu masuk..
bayarn untuk dewasa RM2, kanak2 RM1
dibuka setiap hari : 9am-7pm

Tugu Peringatan Francis Light
Patung ini diletakkan di kawasan Kota Cornwallis pada 1938 sempena ulang tahun 150 tahun pendaratan Francis Light di Pulau Pinang. Patung gangsa ini diukir berdasarkan wajah anak sulung Francis Light (Kolonel William Light). Kalau kita tengok, pedang yang tersisip di pinggang patung tu xde sebab waktu penaklukan tentera Jepun di Pulau Pinaang, pedang tersebut dilebur untuk dijadikan alat kelengkapan perang oleh tentera Jepun.

Peta Kawasan

Terdapat stesyen2 yang menceritakan sejarah yang berlaku :
WAH! leh amik bawak balik g..

Rumah Api
Dibina sebagai menara dan diperbuat drpd bingkai logam putih berukuran 21m tinggi. Dahulunya dikenali sebagai Fort Point Lighthouse. Tetapi, apabila diubahsuai pada tahun 1914, namanya diubah kepada Penang Harbour Lighthouse.

Kawasan Simpanan Serbuk Senjata Api
Dibina pada tahun 1814, merupakan simpanan senjata n peluru. Rekaannya berdinding tebal untuk mengelakkan kesan kerosakan teruk jika letupan berlaku.

Meriam
Pada tahun 1808, ada 17 buah meriam. Pihak Inggeris mengambil meriam2 dari lanun2.

Meriam Seri Rambai
Meriam yg terkenal n diletakkan di atas pelantar kayu roda menghadap Terusan Utara oleh Jepun tahun 1914. Mempunyai lambang SYARIKAT INDIA TIMUR BELANDA. 1817, kapal Inggeris yg belayar ke Kuala Selangor n diserang lanun. Menurut sejarah, meriam ini timbul dr laut dgn sendirinya berlaku pada 1880. Ia dijampi oleh seorg putera yg mengikat benang di jarinya n memerintah meriam itu timbul di laut. Kisah lagenda percya bahawa perempuan yg mandul boleh hamil dgn meletakkan bunga di laras meriam sebgai bentuk doa khusus.

Selain itu, Pak Osman merupakan pelukis di situ menjual karya2 lukisannya. Beliau melukis sebagai hobi jer..

Gereja Kecil
Francis Light beragama Kristian membina gereja utk tujuan ibadat.

Tempat snap2 gambar..

JOM kwan2 g jALAN2 PENANG!!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com