Monday, March 21, 2011

My way 2 UNIMAS..

Salam n Salam Sejahtera..
Perjalanan ke Sarawak
Aku ditemani kakakku, Kak Ina untuk ke Sarawak.. Tapi, kami akan singgah di rumah kakak sulung, Kak Pah di Hulu Selangor. Abang ipar yang akan menghantar kami di airport.

1 Julai 2010 - Aku dan Kak Ina bertolak dari KTM Bukit Mertajam ke Lembah Beringin. Kami bertolak pada tengah malam. Aduhai, perjalanan paling lama dan memboringkan tersgt2 bg aku. Sedap saja kakak aku tidur di sebelah. Aku ke kiri, ke kanan..tak boleh tidur jugak..Akhirnya, menjelang Subuh, baru terlena..

2 Julai 2010 - Tak sempat nak tidur.. Dah sampai rupanya. Abang ipar pun dalam perjalanan untuk mengambil kami di stesyen. Sejuknya. Kesempatan yang ada di rumah kakak memberi masa untuk tidur sebentar..Zzzzz..
Selepas lunch, abang ipar, kakak dan anak2 saudara menghantar kami di LCCT. Pertama kali aku sampai di sini. Selepas menguruskan segala tiket dan beg. Rasa sebak mula menyelubungi apabila bersalaman dgn keluarga. Rindu pada ibuku di rumah kerana dia tidak menghantarku di airport. Aku harus faham keluargaku tidak seperti keluarga2 lain.
Lambaian terakhir apabila aku masuk ke balai menunggu. Semakin lama menunggu, semakin berdebar  pula. Aduhai..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com